×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Info@Malaysia

Pengenalan

Info@Malaysia adalah sebuah platform utama yang menghubungkan semua media sosial agensi Kerajaan iaitu Facebook danTwitter bagi memudahkan rakyat mendapat maklumat terkini berkaitan dengan perkhidmatan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh agensi Kerajaan. Ia juga adalah platform untuk rakyat mencari media sosial rasmi agensi Kerajaan. Sehingga kini, sebanyak 96 media sosial agensi telah dikumpulkan dan jumlah ini dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa.

Mengapa Info@Malaysia Dibangunkan?

Dalam perkembangan aktiviti media sosial yang kini pesat membangun, ramai pengguna yang seringkali mengambil kesempatan. Pengguna yang tidak bertanggungjawab bertindak menyalin semula media sosial rasmi Kerajaan untuk mengelirukan pengguna.

 

Apakah Objektif pembangunan Info@Malaysia?

  • Menyediakan satu platform yang mengumpulkan kesemua media sosial (facebook/twitter) agensi Kerajaan.
  • Menjadi platform utama bagi mengumpulkan dan menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat.
  • Menjadi rujukan dan carian utama media sosial rasmi agensi Kerajaan.

Ciri-ciri Utama

  • Satu (1) portal setempat untuk semua maklumat media sosial agensi kerajaan di mana rakyat tidak perlu mengakses kepada banyak media sosial (KKM, KPM, JPM dan lain-lain)
  • Kebolehcapaian yang tidak terhad walaupun agensi menyekat akses ke laman facebook dan twitter.
  • Maklumat dari sumber yang dipercayai kerana maklumat yang dipaparkan adalah sah daripada media sosial Kerajaan yang sebenar. Ini dapat mengelakkan dari pengguna merujuk kepada sumber media sosial Kerajaan yang tidak sah.
  • Fungsi filter, iaitu rakyat boleh memilih menerima berita-berita dari agensi yang dipilih sahaja.
  • Fungsi carian memudahkan rakyat membuat carian berita-berita yang diperlukan.
  • Tidak mempunyai post-post yang tidak berkaitan dan iklan-iklan seperti di media sosial sedia ada.
  • Semua aktiviti berkaitan agensi yang diambil dari facebook rasmi agensi​​

Statistik

Walaupun baharu sahaja dilancarkan, namun penggunaan Info@Malaysia adalah menggalakkan. Statistik menunjukkan terdapat 4358 pelawat yang unik semenjak di lancarkan.

 

Pautan Halaman

Untuk mendapatkan perkhidmatan Info@Malaysia, sila layari https://info.malaysia.gov.my

Bagi mendaftarkan akaun Facebook dan Twitter agensi, sila berhubung dengan Unit Government Online Services di talian 03-8872 7351 atau emel kepada unitgos@jpm.gov.my