×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Bajet Kerajaan Malaysia

Bermula pada tahun 2013, rakyat Malaysia telah dilibatkan dalam memberikan idea dan cadangan sebelum bajet disedia dan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada bulan Oktober setiap tahun. Pelbagai medium bagi rakyat melontarkan idea dan cadangan untuk menjadikan bajet Kerajaan berpaksikan rakyat. Rakyat boleh memberikan idea dan cadangan melalui media-media sosial dan portal yang disediakan. 



Penggunaan media sosial dan portal bagi mendapatkan idea dan cadangan rakyat sangat berkesan terutama kepada generasi sekarang yang banyak menggunakan teknologi untuk berhubung dan memberikan sesuatu pandangan atau pendapat.

Hasil idea dan cadangan tersebut dapat diklasifikasi dan dipaparkan dengan cepat untuk pandangan umum. Ini menjadikan bajet yang akan disediakan lebih telus dan yang penting berpaksikan rakyat. Tinjauan dapat mengenalpasti bidang atau aspek yang boleh diberikan penekanan atau keutamaan dalam penyediaan bajet.

 

Dengan penglibatan rakyat dalam penyediaan bajet ini, Kerajaan dapat mengenalpasti dengan jelas bidang tumpuan yang dikehendaki rakyat untuk dilaksanakan. Walaubagaimanapun, bajet yang disediakan akan mengambilkira aspek-aspek lain semasa pembikinannya.

Penglibatan rakyat dalam memberikan idea dan cadangan semasa proses penyediaan bajet Kerajaan adalah salah satu initiatif yang melibatkan rakyat secara terus bagi Kerajaan membuat keputusan. Keputusan atau cadangan polisi/ perkhidmatan yang akan dibuat oleh Kerajaan lebih menyeluruh dengan mengambilkira idea dan cadangan rakyat. Walaubagaimanapun, semasa memberikan idea dan cadangan, rakyat perlu mematuhi etika-etika dan tatacara yang diperlukan.

                                                         (Antara Kandungan Bajet 2017)


Rujukan:

https://bajet2017.najibrazak.com/

https://www.facebook.com/najibrazak/

https://twitter.com/NajibRazak

https://instagram.com/najib_razak

https://youtube.com/user/najibrazak

https://plus.google.com/110555361869973167886

https://www.flickr.com/photos/najibrazak/