×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong


Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V
  Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15

Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia ialah gelaran rasmi bagi Ketua Negara. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang ialah Tuanku Muhammad V atau nama sebenar baginda ialah Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang merupakan Sultan bagi Negeri Kelantan. Baginda memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 bagi tempoh 5 tahun apabila baginda dilantik secara rasminya melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-243 (Khas) pada 14 Oktober 2016 di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Baharu, Kelantan dan di Kuala Lumpur, seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).