×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

e-Perunding

e-Perunding adalah usaha organisasi untuk menganjurkan sesi perundingan secara dalam talian dalam memberikan maklumat kepada rakyat. Antara inisiatif e-consultation yang telah disediakan oleh Kerajaan adalah seperti berikut :

Transformasi Nasional 2050

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 30 tahun bermula tahun 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi. 

myThought

myThought juga adalah satu ruang dimana rakyat Malaysia dapat menyumbangkan idea dan cadangan bagi meningkatkan lagi mutu penyampaian dan perkhidmatan Kementerian Sumber Manusia dalam menuju misi dan visi yang diamanahkan. Idea yang bernas dan boleh diketengahkan ini akan dijadikan landasan bagi segala cabang segi yang dapat menjamin kebajikan pekerja, majikan dan kesatuan.

http://app1.mohr.gov.my/mohrideas/

Hari Bertemu Pelanggan

Program ini adalah satu inisiatif yang diadakan untuk membuka ruang seluasnya kepada masyarakat dalam menyalurkan aduan serta mendapatkan informasi terkini mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi. Antara agensi yang telah melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan secara dalam talian adalah:

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

https://www.facebook.com/HBPNRE/

Jabatan Perdana Menteri

http://www.jpm.gov.my/jpm2/ms/content/program-hari-bertemu-pelanggan-jabatan-perdana-menteri-secara-maya-e-pelanggan

Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia

https://www.jupem.gov.my/v1/my/hari-bertemu-pelanggan-secara-maya/

Bank Idea Belia

Satu program yang telah dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk dijadikan medium yang tepat bagi belia menyalurkan pendapat, idea, isu dan permasalahan. 

Sesi Bajet Konsultasi

Mendapatkan pandangan daripada pihak Swasta, NGO, Badan Berkanun, Agensi Kerajaan, Institusi Kewangan dalam menghasilkan bajet tahunan negara. (Proses dilakukan secara manual dan dapatan akan dipaparkan di portal)