×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Projek Government Regional Electronic Advancement Transformation (GREAT)

Apakah Itu GREAT?

GREAT adalah satu inisiatif strategik bagi kesinambungan inisiatif eKL untuk tempoh RMKe-10 dengan memperluaskan model dan metodologi pelaksanaan eKL di kawasan Lembah Klang ke kawasan-kawasan pertumbuhan strategik iaitu Iskandar Malaysia (IM), Koridor Wilayah Ekonomi Timur (ECER), Koridor Wilayah Ekonomi Utara (NCER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) serta bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Ia juga adalah satu usaha untuk mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan kerjaan yang disatukan melalui pendekatan No Wrong Door. Melalui inisiatif ini, Portal myCORRIDOR iaitu gerbang setempat bagi capaian maklumat berkaitan pelaburan yang terdapat di Iskandar Malaysia, ECER, NCER, SDC dan SCORE telah dibangunkan.

 

Produk Utama GREAT

Dua produk utama GREAT adalah Portal myCORRIDOR dan Sistem Pengurusan Pelabur (IMS).

 

Apakah Itu Portal myCORRIDOR?

Rajah 1 : Landing page portal myCORRIDOR

Portal ini menyediakan maklumat strategik pelaburan yang dapat membantu dan menarik minat  pelabur dari dalam dan luar negara untuk mengakses maklumat yang diperlukan.  Portal boleh dicapai melalui URL: http://www.mycorridor.malaysia.gov.my.  Antara kandungan maklumat pelaburan dan fasiliti yang disediakan di dalam portal ini adalah seperti berikut:

  • Maklumat umum pelaburan;
  • Maklumat Strategik Pelaburan serta berita-berita berkaitan pelaburan yang terpilih yang diambil dari laman web setiap Pihak Berkuasa Koridor (PBK);
  • Maklumat dari agensi lain berkaitan pelaburan yang diperlukan pelabur untuk membuat pelaburan di Malaysia seperti Sumber Tenaga Kerja dari JobsMalaysia dan maklumat usahawan kecil sederhana (SME) yang berpotensi untuk menjadi rakan niaga kepada pelabur dari SME Corporation;
  • Geographical Information System (GIS) yang dibangunkan oleh MaCGDI bagi membantu pelabur mengenalpasti kawasan-kawasan strategik pelaburan dan lain-lain kemudahan yang telah disediakan di kawasan persekitaran;
  • Template pertanyaan bagi memudahkan pelabur berkomunikasi dengan pihak PBK yang akan dihantar terus ke emel pegawai bertanggungjawab dan juga ke Sistem IMS PBK yang berkaitan.

 

Apakah Itu Sistem Pengurusan Pelabur (IMS)?

IMS adalah satu sistem yang berasaskan web-based yang dibangunkan khusus untuk membantu Pihak Berkuasa Koridor dalam mengurus maklumat pelabur dan pelaburan serta mengurus engagement di antara pelabur dan stakeholder. Sistem ini direka bentuk untuk mewujudkan satu repositori maklumat pelabur secara berpusat bagi menggalakkan komunikasi, kolaborasi dan perkongsian maklumat merentasi bahagian dalam organisasi tersebut.

 

Arkitektur Bisnes Sistem GREAT

 

Rajah 2 : Arkitektur Bisnes Sistem GREAT

 

Apakah Objektif GREAT?

Objektif pelaksanaan GREAT adalah seperti berikut;

  • Memperluaskan konsep transformasi penyampaian perkhidmatan agensi-agensi di kawasan Lembah Klang (termasuk inisiatif eKL) ke lima wilayah ekonomi
  • Mensasarkan peningkatan bilangan dan penggunaan perkhidmatan online yang efisien, berkualiti, selamat dan mesra pelanggan
  • Mewujudkan single window maklumat pelaburan Wilayah Ekonomi di Malaysia
  • Mewujudkan satu sistem pengurusan pelaburan di pihak berkuasa koridor
  • Menyokong Broadband Push dan Program Transformasi Ekonomi

 

Peranan Organisasi Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan GREAT

MAMPU

MIDA

Pihak Berkuasa Koridor

  • Membangunkan sistem GREAT; dan
  • Meneraju usaha mempromosikan perkhidmatan online bagi meningkatkan penggunaan perkhidmatan online

 

  • Meneraju usaha konsolidasi, integrasi, inovasi dan menghubungkaitkan perkhidmatan dalam talian di lima wilayah;
  • Melaksana dan menyokong persetujuan kolaborasi strategik merentasi wilayah dan Lembah Klang;
  • Mempermudahkan proses pelaburan di wilayah-wilayah menerusi perkhidmatan online;
  • Merangka, menyelaras dan melaksanakan program pengurusan perubahan di wilayah-wilayah ekonomi;
  • Memantau pelaksanaan Sistem GREAT.
  • Membekalkan kandungan bagi portal myCORRIDOR
  • Merancang dan melaksanakan Pengurusan Perubahan di agensi masing-masing;
  • Bekerjasama mempromosikan perkhidmatan online GREAT dan agensi; dan
  • Memantau pelaksanaan Sistem GREAT di peringkat pihak berkuasa koridor.
  • Membekalkan kandungan bagi portal myCORRIDOR
  • Merancang dan melaksanakan Pengurusan Perubahan di agensi masing-masing;
  • Bekerjasama mempromosikan perkhidmatan online GREAT dan agensi; dan
  • Memantau pelaksanaan Sistem GREAT di peringkat pihak berkuasa koridor.

 

Impak Pelaksanaan GREAT

  • Meningkatkan bilangan perkhidmatan online yang efisien, berkualiti, selamat, mesra pelanggan serta mampu memberi impak tinggi dan alternatif kepada rakyat, komuniti peniaga dan pelabur serta Kerajaan;
  • Meningkatkan pertumbuhan pekerja berpengetahuan (Knowledge Workers) dan seterusnya peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia;
  • Meningkatkan daya saing negara menerusi:
    • ​Penambahbaikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan selaras dengan teras RMKe-10; dan
    • Penggalakan pelaburan di wilayah ekonomi dalam bidang-bidang di bawah NKEA seperti perindustrian, pertanian, pelancongan dan lain-lain.
  • Menggalakkan perkongsian maklumat
  • Mengelakkan pertindihan dalam proses pengurusan pelaburan