×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Jaringan Kolaboratif Strategik Sektor Awam (JKSSA)

Pengenalan

Selaras dengan Pelan Strategik ICT Sektor Awam (2016-2010), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah membangunkan Jaringan Kolaboratif Strategik Sektor Awam (JKSSA) dengan pelbagai entiti dalam dan luar negara yang terdiri daripada agensi Kerajaan, swasta, akademia dan badan bukan kerajaan (NGO). 

Latar Belakang

JKSSA telah dilancarkan sempena Persidangan CIO Convex pada 23 November 2016. JKSSA bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang erat antara sektor awam, swasta, akademia dan NGO dalam memberi pendedahan kepada senario dan trend teknologi ICT terkini, meningkatkan kemahiran dan kompetensi serta mendapatkan maklum balas daripada sektor swasta dan akademia berkaitan dasar dan pelaksanaan inisiatif Kerajaan. Pada masa yang sama, kolaboratif strategik ini juga menyediakan ruang bagi menguar-uarkan dasar, program dan inisiatif Kerajaan kepada rakan strategik MAMPU. Di samping itu, kolaboratif strategik ini juga mampu merangsang pembangunan inovasi dengan mengambil kira pemanfaatan teknologi baharu sekaligus mewujudkan situasi menang-menang bagi pihak Kerajaan dan swasta. 

Objektif 

Objektif JKSSA adalah:

1. mewujudkan kerjasama yang erat antara sektor awam, swasta dan akademia;

2. medium perkongsian trend teknologi ICT terkini;

3. meningkatkan kemahiran dan kompetensi serta mendapatkan maklum balas daripada sektor swasta dan akademia berkaitan dasar dan pelaksanaan inisiatif Kerajaan; dan

4. mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan ke arah pelaksanaan Kerajaan Digital yang berpaksikan rakyat. 

Rangka Kerja JKSSA  

Rangka kerja JKSSA adalah seperti rajah di bawah:

                                                                       Rajah 1: Rangka Kerja JKSSA

 

Outcome/Impak

Impak kepada pengwujudan JKSSA adalah seperti:

1. Meningkatkan kemahiran dan kompetensi pegawai melalui penawaran program latihan/ internship, pembangunan produk, penyelidikan dan penerbitan bahan ilmiah;

2. Meningkatkan pengetahuan dan pendedahan kepada senario dan trend teknologi ICT  terkini melalui seminar, bengkel, perbincangan meja bulat, kajian/survey, program lawatan kerja dan lain-lain usaha atau aktiviti yang dilaksanakan secara bersama;

3. Menyumbang kepada pembangunan dasar dan strategi bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan; dan

4. Merangsang pembangunan inovasi dengan mengambilkira pemanfaatan teknologi baharu.

Rantaian Kehadapan

Meluaskan kolaboratif bersama agensi sektor awam, swasta, akademia dan NGO dengan mempelbagaikan program mengikut bidang fokus yang telah ditetapkan.