×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Public Private Partnership (UPU)

e-KHIDMAT : PUBLIC-PRIVATE PARTNERSHIPS
 
Pengenalan
Projek e-Khidmat merupakan salah satu projek perintis di bawah inisiatif aplikasi Perdana Kerajaan Elektronik.  Projek ini telah ditandatangani pada 23 Mei 2000 yang bertujuan untuk membolehkan orang ramai berurusan dengan Kerajaan melalui pelbagai saluran elektronik yang disediakan iaitu secara dalam talian dan kios.
 
Projek e-Khidmat ini dilaksanakan secara konsep Build, Own and Operate (BOO).  Pembekal (service provider dan gateway provider) yang dilantik telah membangunkan aplikasi dalam talian dan menyediakan infrastruktur ICT bagi tujuan pelaksanaan perkhidmatan dalam talian untuk agensi Kerajaan yang terlibat. Semua kos pembangunan aplikasi dan penyediaan infrastruktur akan ditanggung oleh pembekal. Pelaksanaan Projek e-Khidmat telah dilaksanakan berdasarkan Model Perniagaan yang telah dicadangkan pada masa tersebut.
 
Agensi yang terlibat dalam Projek e-Khidmat adalah seperti berikut:
 
 
Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang kos pembangunan aplikasi dan penyediaan infrastruktur tetapi hanya membayar kos perkhidmatan yang digunakan sahaja kepada myEG atau KOMMS.
 
 
Objektif
 
Objektif pelaksanaan inisiatif e-Khidmat adalah seperti berikut:
 
i.Sebagai saluran alternatif atau pilihan kepada pengguna/rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Kerajaan.
 
ii.Segala transaksi pengguna menggunakan e-Khidmat akan direkodkan untuk transaksi pada masa hadapan.
 
iii.Perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna melalui e-Khidmat adalah end-to-end.
 
iv.Satu usahasama strategik di antara pihak Kerajaan dan pihak syarikat dalam menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
 
Senarai Perkhidmatan e-Khidmat
Maklumat lanjut berhubung perkhidmatan yang ditawarkan boleh dilayari di www.myeg.com.my