×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pekeliling dan Garis Panduan

Dasar dan Garis Panduan ICT Sektor Awam

Pengenalan

Dasar dan Garis Panduan ICT Sektor Awam mengandungi arahan, peraturan dan panduan yang mesti dibaca dan dipatuhi oleh agensi Kerajaan dalam melaksanakan pembangunan perkhidmatan ICT Kerajaan. 

Tujuan

Tujuan Dasar dan Garis Panduan ICT Sektor Awam digubal adalah bagi menyatakan peranan dan tanggungjawab pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan melaksanakan pembangunan perkhidmatan ICT Kerajaan.  Agensi Kerajaan bertanggungjawab mematuhi akta, dasar dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan urusan maklumat Kerajaan melalui penggunaan teknologi digital.

Takrifan

Takrifan yang diguna pakai dalam Dasar dan Garis Panduan ICT Sektor Awam adalah seperti berikut:

Dasar

Dasar ialah satu kenyataan rasmi, ringkas, dan peringkat tinggi atau pelan yang merangkumi kepercayaan umum sesuatu organisasi, tujuan, objektif, dan prosedur mengikut bidang yang ditetapkan. Dasar menyatakan tindakan yang perlu dilaksanakan dan wajib dipatuhi. Ia memberi tumpuan kepada keputusan dan bukan cara pelaksanaan. 

Standard

Standard ialah aktiviti, tindakan, undang-undang atau peraturan mandatori yang direka untuk menyediakan struktur sokongan dan hala tuju spesifik yang diperlukan oleh dasar untuk menjadikannya bermakna dan efektif.

Garis Panduan

Garis panduan ialah pernyataan umum yang direka untuk mencapai objektif dasar dengan menyediakan rangka kerja bagi pelaksanaan prosedur. Garis panduan merupakan suatu cadangan pelaksanaan. 

Prosedur

Prosedur memperincikan arahan yang telah ditetapkan dalam dasar serta standard dan garis panduan yang menyokong dasar tersebut dilaksanakan dalam persekitaran yang dikendalikan.

Kategori dan Bidang Dasar ICT

Dasar dan garis panduan ICT dikeluarkan dalam tiga kategori utama seperti yang berikut:

  1. Pekeliling, iaitu suatu arahan rasmi mengenai sesuatu dasar kerajaan;
  2. Surat Pekeliling, iaitu suatu penjelasan tentang pelaksanaan sesuatu dasar yang dinyatakan dalam pekeliling; dan
  3. Surat Arahan, iaitu suatu arahan untuk melaksanakan sesuatu perkara secara spesifik tetapi tidak semestinya berdasarkan perkara yang dinyatakan dalam pekeliling atau surat pekeliling.

Mesyuarat Panel MPA bil. 1 tahun 2016 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 30 Mac 2016 telah memutuskan penjenamaan istilah daripada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) kepada istilah baharu, iaitu Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam (PTPA) dan ini sekali gus terpakai kepada pekeliling dan surat pekeliling.

Dari tahun 1977 hingga 31 Jun 2017, sejumlah 49 pekeliling ICT telah diterbitkan oleh MAMPU mengikut bidang seperti berikut:

i.Pengurusan maklumat

Bil

Jenis Pekeliling

Nama

 1.

Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2017

Pelaksanaan Analitis Data Raya Sektor Awam (aDRSA)

 2.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2015

Pengurusan Laman Web Agensi Sektor Awam

 3.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2015

Pelaksanaan Rasionalisasi Laman Web Sektor Awam

 4.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2015

Garis Panduan Pelaksanaan dan Tatacara Penggunaan Aplikasi Digital Document Management System (DDMS) Sektor Awam

 5.

Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2015

Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam

 6.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2009

Garis Panduan Pembangunan Kandungan Sektor Awam

 7.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2009

Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Sektor Awam

 8.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 3 Tahun 2008

Panduan Menambahbaik Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Menerusi Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)

 9.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2008

Panduan Menambah Baik Penyampaian Perkhidmatan Menerusi Penggunaan Kios di Agensi-Agensi Kerajaan  

 10.

Garis Panduan

Portal Guideline V1.0 (2003)

 

ii.Perancangan dan Strategi ICT

Bil

Jenis Pekeliling

Nama

1.

Surat Pekeliling AM Bilangan 3 Tahun 2015

Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam

2.

Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2014

Pelaksanaan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT)

3.

Garis Panduan (2011)

Pelan Strategik ICT (ISP) Sektor Awam (2011-2015)

4.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2010

Garis Panduan Penggunaan ICT Ke Arah ICT Hijau Dalam Perkhidmatan Awam

5.

Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2006

Pengukuhan Tadbir Urus Jawatankuasa IT Dan Internet Kerajaan

6.

Garis Panduan (2006)

The Malaysian Government Interoperability Framework For Open Source Software (MyGIFOSS)

7.

Garis Panduan (2006)

Garis Panduan IT Outsourcing

8.

Garis Panduan (2003)

Standards, Policies and Guidelines - Malaysian Government Interoperability Framework (MyGIF) Version 1.0

9.

Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara 2000

Penamaan Ketua Pegawai Maklumat Sektor Awam

10.

Pekeliling Am Bil. 6 Tahun 1999

Pelaksanaan Perkongsian Pintar Antara Agensi-Agensi Kerajaan Dalam Bidang Teknologi Maklumat

11.

Metodologi PPrISA

Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam


 

iii. Rangkaian dan Komukasi

Bil

Jenis Pekeliling

Nama

1.

Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam

Bil. 2 Tahun 2017

Pengurusan Perkhidmatan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (1GOV*NET)

2.

Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam

Bil. 3 Tahun 2017

Pengurusan Perkhidmatan

Komunikasi Bersepadu Kerajaan

(Government Unified Communication (1GOVUC))

3.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2011

Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam

4.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2010

Garis Panduan Transisi Protokol Internet Versi 6 (IPV6) Sektor Awam  

5.

Garis Panduan (2010)

Channel Framework V1.0 (2003)

6.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2010

Pemantapan Penggunaan Dan Pengurusan E-Mel Di Agensi-Agensi Kerajaan

7.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2009

Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam

8.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2009

Penggunaan Smartphone, Personel Digital Assistant Dan Alat Komunikasi Mudah Alih Sebagai Saluran Komunikasi Tambahan

9.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2007

Langkah-langkah Mengenai Penggunaan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan

10.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2007

Langkah-Langkah Pemantapan Pelaksanaan Sistem Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan

11.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2003

Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet & Mel Elektronik Di Agensi-agensi Kerajaan  

 

iv. Keselamatan ICT

Bil

Jenis Pekeliling

Nama

1.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 3 Tahun 2015

Dasar Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan [Government Public Key Infrastructure (GPKI)]

2.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2015

Pelaksanaan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Menggunakan MyRam App. 2.0 Di Agensi Sektor Awam

3.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2010

Pelaksanaan Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007 Dalam Sektor Awam

4.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2010

Panduan Keperluan Dan Persediaan Pelaksanaan Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007 Dalam Sektor Awam

5.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2010

Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan Agensi Sektor Awam  

6.

Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU 2009

Pengaktifan Fail Log Server Bagi Tujuan Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan ICT Di Agensi-Agensi Kerajaan  

7.

Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2009

Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian Dan Sistem ICT Sektor Awam

8.

Surat Pekeliling Am Tahun 2006

Pengurusan Pengendalian Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat (ICT) Sektor Awam

9.

Surat Arahan  Ketua Setiausaha Negara (2006)

Langkah-Langkah Untuk Memperkukuhkan Keselamatan Rangkaian Setempat Tanpa Wayar (Wireless Local Area Network) Di Agensi-Agensi Kerajaan

10.

Surat Pekeliling Am Tahun 2005

Garis Panduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam 

11.

Garis Panduan (2004)

Garis Panduan Penggunaan Biometrik Bagi Agensi-Agensi Sektor Awam

12.

Garis Panduan (2002)

Garis Panduan Pengurusan Keselamatan ICT Sektor Awam Malaysia (MyMIS)

13.

Pekeliling Am Bil.1 Tahun 2001

Mekanisme Pelaporan Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

14.

Pekeliling Am Bil.3 Tahun 2000

Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan

15.

Arahan Teknologi Maklumat

Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 (Akta 680)

16.

RAKKSSA

Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam

 

Pautan Kepada Dasar dan Garis Panduan ICT

 http://www.mampu.gov.my/ms/pekeliling

Akta, Dasar dan Garis Panduan ICT Yang Dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan

Agensi Kerajaan juga hendaklah merujuk kepada Akta, Dasar dan Garis Panduan ICT yang dikeluarkan oleh lain-lain agensi Kerajaan seperti berikut : 

Bil

Akta/Pekeliling/Surat Pekeliling

Perincian

1.

Pekeliling Perbendaharaan (1PP) PK 2.1

 

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan

2.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

 

  1. Prinsip Notis dan Pilihan
  2. Prinsip Penzahiran
  3. Prinsip Keselamatan
  4. Prinsip Penyimpanan
  5. Prinsip Integriti Data
  6. Prinsip Akses

3.

Akta Perdagangan Elektronik 2006

 

Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urus niaga perdagangan, penggunaan mesej elektronik untuk memenuhi kehendak undang-undang dan untuk membolehkan dan memudahkan urus niaga perdagangan melalui penggunaan cara elektronik dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya

4.

Akta Arkib Negara 2003

 

 

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pewujudan, pemerolehan, penjagaan, pemeliharaan, penggunaan dan pengurusan arkib awam dan rekod awam; dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Akta Arkib Negara yang telah diluluskan pada tahun 2003. Antara peruntukannya ialah peruntukan yang menggariskan tanggungjawab Arkib Negara dan pejabat awam dalam pengurusan rekod awam termasuklah rekod dalam bentuk elektronik.

5.

Akta Komunikasi & Multimedia 1998

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi campur tangan Kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet.

6.

Akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia 1998

 

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mempunyai kuasa untuk mengawasi dan mengawal selia aktiviti komunikasi dan multimedia di Malaysia, dan menguatkuasakan undang-undang komunikasi dan multimedia Malaysia, dan bagi perkara yang berkaitan.

7.

Akta Jenayah Komputer 1997

Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.

8.

Akta Hakcipta 1997

Akta ini  bermaksud untuk melindungi apa-apa hasil karya yang dibangunkan di dalam dan melalui internet.

9.

Akta Tandatangan Digital 1997

 

Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital.

 

Pematuhan Dasar

Setiap agensi Kerajaan dianggap mengetahui, membaca, memahami dan mematuhi akta, peraturan, pekeliling dan dasar-dasar yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

Pemakaian

Dasar dan Garis Panduan ICT Sektor Awam adalah terpakai kepada semua agensi Kerajaan.

Pindaan dan Kemas Kini

Dasar dan Garis Panduan ICT Sektor Awam adalah tertakluk pada semakan dan pindaan dari semasa ke semasa selaras dengan perubahan teknologi, aplikasi, prosedur, perundangan dan kepentingan sosial.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Dasar dan Garis Panduan ICT atau permohonan untuk keterangan lanjut, boleh ditujukan kepada:

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
Tel: 03-80008000, Faks: 03-88883721