×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Mendaftar Anak Angkat

Penerangan permohonan

Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) (De Facto) adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara. Akta ini bertujuan bagi mendaftarkan anak angkat De Facto di mana seseorang kanak-kanak  berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh seseorang atau pasangan suami isteri secara bersama, sebagai anaknya atau anak mereka sendiri bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun yang berterusan sebelum pendaftaran pengangkatan dibuat. Pengangkatan ini termaktub di bawah Akta 253 dan terpakai bagi mereka yang beragama Islam dan bukan Islam.

Permohonan Pendaftaran Pengangkatan De Facto boleh dibuat di Pejabat JPN yang berhampiran dengan tempat tinggal seseorang atau ibu bapa angkat dan anak  angkat tersebut.

Maklumat lanjut Pendaftaran Anak Angkat.