×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Pendidikan

Soalan Lazim Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

 1.  Apakah UPSR?
  Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah peperiksaan peringkat kebangsaan untuk menilai pencapaian kognitif murid pada akhir Tahun Enam (6) pendidikan rendah.
   
2. Apakah tujuan UPSR dilaksanakan pada Tahun Enam (6) pendidikan rendah?
  UPSR dilaksanakan untuk mengukur penguasaan murid dalam kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul selaras dengan objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan mulai 2011.
   
3. Mengapakah UPSR mulai 2016 memerlukan penambahbaikan dan format baharu?
 

Penambahbaikan dan format baharu kertas peperiksaan UPSR mulai 2016 adalah sejajar dengan pelaksanaan:

  • Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
  • Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti penyelesaian masalah, penaakulan dan kreativiti yang diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)

Maklumat lanjut sila layari http://lp.moe.gov.my/index.php/faq/peperiksaan-pentaksiran-faq-menu/upsr