×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Runding Cara Penceraian

1. Aduan rumah tanggga & runding cara

Setiap individu tidak dapat lari daripada masalah yang kecil mahupun masalah besar. Begitu juga dengan individu yang telah berkeluarga. Sejak akhir-akhir ini, kita terpaksa menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan dugaan yang kadangkala mengakibatkan krisis dalam keluarga. Islam menghalang kita menceritakan rahsia rumahtangga kepada orang lain dan sebaik-baiknya kita hendaklah mengadu kepada Allah Taala.  Menyedari hakikat bahawa manusia sentiasa memerlukan pandangan dan nasihat dalam menjalani kehidupan, Jabatan Agama Islam telah menyediakan perkhidmatan rundingcara di semua Pejabat Agama Islam Daerah untuk membantu setiap individu meredakan permasalahan yang mereka hadapi dengan berpandukan hukum Syarak.


Pengadu boleh membuat aduan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau.

  1. Lampirkan surat nikah asal Pengadu dan salinannya.
  2. Pengadu akan menjalani sessi kaunseling awalan. Jika tiada penyelesaian, sessi lanjutan akan diadakan di atas permintaan Pengadu.
  3. Perundingan rumahtangga hanya akan dibuat ke atas pasangan yang bernikah secara sah mengikut hukum syarak.

Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam bertanggungjawab terhadap aduan serta penyelesaian masalah rumahtangga serta merancang dan melaksanakan aktiviti atau program pengukuhan institusi kekeluargaan.Cawangan ini terbahagi kepada dua unit iaitu:

  1. Unit Rundingcara Keluarga
  2. Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI)