×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Cabutan Sijil Kematian

1. Permohonan cabutan sijil kematian di semenanjung

Syarat Permohonan
Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kematian oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan. Permohonan cabutan kematian ini boleh dibuat di Pejabat JPN Negeri dan JPN Putrajaya sahaja.

Permohonan Cabutan Sijil Kematian di hedjaz boleh dibuat oleh individu berikut:

i. Ibu atau bapa si mati ;

ii. Suami atau isteri si mati ;

iii. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kematian;

iv. Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kematian;

v. Firma Guaman;

vi. Badan Berkanun;

vii. Agensi kerajaan.

Maklumat lanjut Cabutan Sijil Kematian Di Hedjaz (Semenanjung)

 

2. Permohonan cabutan laporan kematian luar negara

Permohonan untuk mendapatkan salinan laporan kemaskini kematian luar negara. Permohonan cabutan ini hanya boleh dilakukan oleh pemohon yang layak sekiranya maklumat kematian si mati yang berlaku di luar negara telah dilapor dan dikemaskini di dalam sistem JPN. Permohonan ini boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Malaysia.

Maklumat lanjut Cabutan Laporan Kematian Luar Negara (Semenanjung)