×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

img01

Draf Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025

PERMOHON MAKLUM BALAS MENGENAI

DRAF AKHIR DASAR KEPELBAGAIAN BIOLOGI KEBANGSAAN 2016-2025

____________________________________________________________________________________________

Penggubalan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2016-2025 adalah bagi menentukan hala tuju dan bertindak sebagai panduan kepada semua agensi kerajaan termasuk kerajaan Negeri mengenai pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti di negara ini. 

Dasar itu adalah sekadar garis panduan ke arah pemuliharaan biologi. Tanpa pembabitan dan kesungguhan pihak-pihak yang berkenaan, dasar ini akan  hanya akan tinggal dasar. Dalam hubungan ini, penglibatan semua pihak adalah amat penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya. Ini kerana isu biodiversiti merupakan isu yang kompleks dan merentas sektor yang memerlukan pendekatan yang lebih sofistikated dan holistik.

Selaras dengan ini, Kementerian ini telah mengadakan beberapa siri mesyuarat kumpulan fokus, bengkel konsultasi dan hebahan seranta awam bagi mendapatkan maklum balas pihak-pihak berkepentingan termasuklah pihak kerajaan negeri, institusi pendidikan tinggi, badan bukan kerajaan dan industri sejak bulan Mac 2014 lagi. Kementerian ini ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas penglibatan dan maklum balas yang dikemukakan oleh semua pihak.

Penganjuran mesyuarat dan bengkel konsultasi ini bukan sahaja bertujuan mendapatkan pandangan pihak berkepentingan mengenai draf DKBK tetapi juga meningkatkan kapasiti mereka berkaitan biodiversiti dan mendapatkan sokongan serta komitmen dalam pengurusan dan konservasi biodiversiti. Tanggungjawab dalam memelihara dan memulihara biodiversiti bukan sahaja merupakan tanggungjawab NRE tetapi juga semua pihak selaras dengan slogan MyBioD; My Life, My Heritage and My Future.

Justeru itu, Kementerian ini ingin mendapatkan maklum balas akhir mengenai draf akhir DKBK 2016-2025. Draf ini boleh didapati di laman web Kementerian di www.nre.gov.my dan laman web Mekanisme Pusat Penjelasan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan di www.chm.frim.gov.my dari 11 – 21 Ogos 2015 untuk komen, pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada semua pihak yang berkepentingan dari aspek substance. Maklum balas mengenai draf akhir ini boleh ditujukan kepadabiodiversity.nre@1govuc.gov.my atau gbm@ere.com.my sehingga 21 Ogos 2015 menggunakan borang maklum balas yang disediakan.

Muat Turun Dokumen

Klik Di Sini : Maklum Balas Draf Terkini Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2016 - 2025

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Ogos 2015

Buka : 2015-08-11 12:00 AM
Tutup: 2015-08-21 12:00 AM

Hasil Kajian

MESYUARAT DAN BENGKEL KONSULTASI YANG TELAH DIADAKAN

BIL. PROGRAM TARIKH
1.   Hebahan seranta awam DKBK di laman web NRE dan diedarkan kepada pihak berkepentingan untuk maklumbalas siri 2 11- 21 Ogos 2015
2.   Perbincangan mengenai Agensi Pelaksana Utama dan Pelaksana Bersama Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 bersama MOF dan EPU 24 Ogos 2015
3.   Mesyuarat National Steering Committee (NSC) bagi Projek National Biodiversity Planning To Support The Implementation of The CBD 2011-2020 Strategic Plan In Malaysia Bilangan 2 Tahun 2015 3 September 2015

Hasil Maklum Balas Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan

(DKBK) 2016 - 2025​

National Policy 

Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2016 - 2025

Seterusnya