×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

img01

Seranta Awam Atas Talian (online public engagement) mengenai Rang Undang-undang Akses kepada Sumber-sumber Biologi dan Perkongsian Faedah

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) sedang dalam proses untuk memuktamadkan Draf Rang Undang-undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah (RUU ABS). Langkah ini adalah selaras dengan usaha negara untuk melaksanakan objektif ketiga Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) yang mempromosikan perkongsian faedah yang adil dan saksama hasil daripada penggunaan sumber biologi.  RUU ABS ini bertujuan untuk meregulasi aktiviti  bioprospecting di Malaysia bagi memastikan faedah yang terhasil daripda penggunaan sumber biologi dapat dikongsi secara adil dan saksama. Selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 tahun 2012 mengenai Seranta Awam Atas Talian (online public engagement) mengenai cadangan Undang-undang baru/pindaan undang-undang,  RUU ABS ini dipaparkan di laman web Kementerian dari 14 - 31 Januari 2015 untuk pandangan dan cadangan awam.  Tarikh tutup untuk mengemukakan maklumbalas kepada pihak Kementerian ini ialah pada 31 Januari 2015 jam 6.00 petang. Sebarang maklum balas untuk RUU ABS ini boleh dikemukakan kepada alamat e-mel berikut: therese.nre@1govuc.gov.my dan noorhaliza.nre@1govuc.gov.my

Terima Kasih.

 

Buka : 2015-01-14 12:00 AM
Tutup: 2015-01-31 03:35 PM

Hasil Kajian

Sila klik Draf RUU ABS dan Borang Maklum Balas untuk dimuat turun.

Seterusnya