×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

img01

Jemputan untuk memberi pandangan permohonan kelulusan untuk pembekalan atau tawaran untuk membekalkan produk Mousticide RH dan Mousticide WP

Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) mengalu-alukan pandangan/ komen daripada orang awam mengenai permohonan kelulusan untuk mengimport technical grade active ingredient (TGAI) bagi Tripsin Modulating Oostatic Factor (TMOF_yis) dari India dan produk akhir mengandungi TMOF_yis (Pichia pastoris yang telah diubah suai secara genetik) dari Filipina bagi tujuan pembekalan atau tawaran untuk membekalkan/menjual produk MOUSTICIDE Wettable Powder (WP) dan MOUSTICIDE Rice Husk (RH) di pasaran.

 

Maklumat lanjut tentang permohonan boleh di dapati daripada www.biosafety.nre.gov.my di bawah Konsultasi/Perundingan Awam. Sila nyatakan nombor rujukan LBK apabila berhubung dalam semua surat-menyurat.

 

Segala pandangan/komen hendaklah dialamatkan ke:

Ketua Pengarah, Jabatan Biokeselamatan,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aras 1, Podium 2, Wisma Sumber Asli,

No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya, MALAYSIA.

Emel: biosafety@nre.gov.my. Faks: 03-88904935

Tarikh tutup serahan adalah pada 11 Februari 2015

Buka : 2015-01-14 12:00 AM
Tutup: 2015-02-11 12:00 AM

Hasil Kajian

Tarikh tutup serahan adalah pada 11 Februari 2015

Seterusnya