×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

PERTANDINGAN "WINNOVATION" SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA 2017


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri di seluruh Malaysia akan mengadakan Pertandingan “Winnovation” sempena Hari Wanita Antarabangsa 2017.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua golongan wanita yang berumur 21 tahun ke atas. Pertandingan inovasi wanita ini merangkumi lima (5) kategori iaitu:


1.    Inovasi Wanita dalam bidang Sains dan Teknologi
2.    Inovasi Wanita dalam bidang Sukan
3.    Inovasi Wanita dalam bidang Keusahawanan dan Perniagaan
4.    Inovasi Wanita dalam bidang Kesenian
5.    Inovasi Wanita dalam bidang Alam Sekitar

 

 

Pertandingan ini telah bermula pada 8 Mac 2017 sehingga 08 Jun 2017. Borang penyertaan boleh didapati di www.mywanita.gov.my. Setiap penyertaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat pertandingan.

Buka : 2017-03-08 12:00 AM
Tutup: 2017-06-08 11:00 PM
Seterusnya