×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

img01

Call for Papers : Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke 7 2016

Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan atau dikenali sebagai ‘National Geospatial Information Symposium’ (NGIS) adalah merupakan aktiviti dwi tahunan anjuran Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Simposium ini diadakan sebagai forum perkongsian maklumat dan pengalaman melibatkan komuniti geospatial di kalangan agensi kerajaan dan swasta di Malaysia. Simposium ini merupakan salah satu usaha NRE ke arah memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan menggunakan teknologi geospatial. Tahun ini merupakan penganjuran NGIS kali ke tujuh(7) yang bertemakan "Merakyatkan Geospatial ke Arah Kesejahteraan". 

Tarikh:  8 & 9 Ogos 2016

Tempat: PICC PUTRAJAYA

Anjuran: Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar  (NRE)

Tema Persidangan: Merakyatkan Geospatial ke arah Kesejahteraan

Tarikh Tutup Penghantaran Abstrak: 15 Mei 2016 

Tarikh Penerimaan Kertas Kerja Lengkap: 30 Jun 2016

OBJEKTIF PERSIDANGAN:

  • Menyediakan platform untuk membincangkan isu-isu berkaitan maklumat geospatial terkini
  • Merealisasikan misi kerajaan kearah kecemerlangan pengurusan maklumat geospatial dalam pelbagai sektor

Sasaran Pembentang:

Pembentang kertas adalah terdiri daripada kalangan:

  1. Agensi Kerajaan
  2. Agensi Swasta
  3. Universiti Awam
  4. IPT

TARIKH PENTING

Tarikh Tutup Penghantaran Abstrak : 15 Mei 2016

Tarikh Penerimaan Kertas Kerja Lengkap : 30  Jun 2016

Tarikh Persidangan : 8 & 9 OGOS 2016

Tempat Persidangan: PICC, PUTRAJAYA

______________________________________________________________________

Garispanduan Permohonan Abstrak:

  • Mengemukakan biografi dan pengalaman pembentang
  • Abstrak boleh dalam bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
  • Abstrak adalah terhad kepada 150 patah perkataan 

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

  1. Puan Nor Hayati bt Abdullah (03-88861218)
  2. Puan Fauzani binti Azam (03-88861225)
Status :Tutup
Tarikh Mula :08/08/2016
Tarikh Tamat :09/08/2016

Simposium dwi tahunan anjuran Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ini diadakan sebagai forum perkongsian maklumat dan pengalaman melibatkan komuniti geospatial di kalangan agensi kerajan dan swasta di Malaysia. Simposium ini juga merupakan salah satu usaha NRE ke arah memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan menggunakan teknologi geospatial.

Buka : 2016-08-08 08:00 AM
Tutup: 2016-08-08 08:00 PM

Hasil Kajian

Simposium dwi tahunan anjuran Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ini diadakan sebagai forum perkongsian maklumat dan pengalaman melibatkan komuniti geospatial di kalangan agensi kerajan dan swasta di Malaysia. Simposium ini juga merupakan salah satu usaha NRE ke arah memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan menggunakan teknologi geospatial.

NGIS7 NGIS7
NGIS7 NGIS7

Senarai Kertas pembentangkan NGIS ke 7

http://ngis.mygeoportal.gov.my/node/348

Seterusnya