×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

MENDAPAT PENDIDIKAN FORMAL

Sistem pendidikan di Malaysia adalah salah satu medium yang menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara. Sistem pendidikan formal di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhasrat melahirkan generasi berpengetahuan serta berpemikiran kritis dan kreatif. Generasi ini juga dilengkapkan dengan kemahiran berkomunikasi, memimpin serta nilai dan etika yang akan membolehkan pelajar bersaing secara global. Secara umumnya, pendidikan di Malaysia terbahagi kepada lima (5) peringkat, iaitu; Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pra Siswazah dan Pengajian Tinggi.