×

Sila masukkan kata kunci untuk membuat carian.

Mendapatkan Pendidikan Tinggi Bagi Warganegara

Pendidikan tinggi mempunyai peranan penting untuk merealisasikan wawasan negara seperti yang terkandung dalam Wawasan 2020 dan Teras Misi Nasional dalam RMKe-9. Penubuhan Kementerian Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) pada 27 Mac 2004 bertujuan memperkukuh landasan pembangunan pengajian tinggi negara sesuai dengan acuan pembangunan modal insan dalam konteks sosioekonomi negara dan global. KPM bertanggungjawab ke atas hal ehwal pengajian tinggi yang merangkumi IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti. Matlamat KPM menjelang tahun 2020 adalah untuk memastikan sistem penyampaian pengajian tinggi dilaksanakan dengan berkesan dan cemerlang bagi memenuhi aspirasi negara untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa

Previous
/
Next