Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu golongan miskin dan miskin tegar untuk mendapatkan barangan keperluan asas.
Program ini merupakan program lanjutan daripada STR dan dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan MyKasih menggunakan sistem tanpa tunai (cashless) melalui MyKad.
Kategori penerima:
- SARA Bulanan yang terdiri daripada miskin tegar/ miskin (penerima STR wujud rekod eKasih) DAN selain miskin tegar/ miskin (penerima STR)
- SARA Untuk Semua (semua rakyat Malaysia 18 tahun dan ke atas)
Kadar bantuan:
- Rujukan: Kadar bantuan SARA
Kaedah pelaksanaan:
- Bantuan dikreditkan ke MyKad penerima
- Penerima hanya perlu imbas MyKad di kedai runcit /pasar raya yang terlibat
- Senarai barangan asas seperti:
- Roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa
- Produk kebersihan diri dan produk kebersihan rumah
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
