1. Apakah Portal MyGovernment?
Portal MyGovernment merupakan salah satu daripada inisiatif Jabatan Digital Negara (JDN) bagi mewujudkan Gerbang Tunggal Kerajaan Malaysia yang berkonsepkan peristiwa kehidupan dan berpaksikan rakyat. Portal ini menawarkan kemudahan capaian kepada informasi dan perkhidmatan dalam talian kerajaan yang terangkum dan selamat bagi memenuhi keperluan rakyat.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan Persona?
Persona merupakan watak pengguna rakyat Malaysia yang dibangunkan berdasarkan peristiwa penting yang memberikan impak yang signifikan pada satu-satu peringkat usia tertentu. Struktur maklumat disusun atur mengikut kategori peristiwa kehidupan yang dikenal pasti dan disokong oleh penawaran perkhidmatan kerajaan yang berpaksikan keperluan rakyat.
3. Apakah yang terkandung di pautan Topik?
Pautan Topik mengandungi informasi/ panduan serta perkhidmatan digital yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Anda boleh memilih kategori topik atau membuat carian topik untuk mendapatkan informasi dan menggunakan perkhidmatan digital yang disediakan.
4. Apakah yang terkandung di pautan Tentang Malaysia?
Pautan Tentang Malaysia memaparkan maklumat berkaitan Malaysia seperti Sistem Pemerintahan Malaysia, Yang Di-Pertuan Agong, Perdana Menteri Malaysia, Sejarah Malaysia dan Dasar-dasar Kerajaan.
5. Apakah yang terkandung dalam "Perkhidmatan Digital"?
Perkhidmatan Digital mengandungi maklumat ringkas berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan seperti pengguna sasar, kaedah perkhidmatan, caj dan bayaran, langkah-langkah serta maklumat perhubungan agensi yang menyediakan perkhidmatan. Pengguna boleh membuat capaian terus ke perkhidmatan menerusi butang AKSES PERKHIDMATAN INI.
6. Apakah jenis pelayar web yang memberikan paparan terbaik bagi Portal MyGovernment?
Untuk paparan terbaik, pengguna disarankan untuk menggunakan pelayar berikut dalam versi terkini:
- Google Chrome
- Mozilla Firefox
- Microsoft Edge
7. Bolehkah saya menggunakan peranti mudah alih untuk melayari Portal MyGovernment?
Anda boleh mencapai Portal MyGovernment menggunakan peranti mudah alih terkini kerana portal ini dibangunkan dengan ciri-ciri responsif.
8. Bagaimana saya boleh mendaftar sebagai pengguna di dalam portal ini?
Anda perlu mempunyai akaun MyDigital ID terlebih dahulu. Rujuk pautan berikut untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran MyDigital ID.
Warganegara Malaysia wajib menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar sebagai pengguna portal MyGovernment.
Bagi Bukan Warganegara atau Pemastatutin Tetap, anda boleh mendaftar sebagai pengguna menggunakan alamat emel.
9.Apakah faedah yang diperolehi oleh pengguna berdaftar?
Antara faedah pengguna berdaftar adalah akses kepada papan pemuka pengguna (Dashboard). Papan pemuka pengguna ini mengandungi ciri-ciri seperti maklumat peribadi, perkhidmatan terdahulu, senarai lesen, penanda kepada topik pilihan dan kalendar aktiviti.
Sebagai pengguna, anda boleh mengakses secara langsung kepada beberapa perkhidmatan yang telah berintegrasi seperti Semakan Status OKU, Semakan Keputusan Peperiksaan, Semakan Bantuan, Biasiswa dan lain-lain.
10. Saya telah log masuk ke portal MyGovernment. Mengapa saya tidak dapat menggunakan perkhidmatan digital yang terdapat di dalam portal?
Sekiranya anda tidak dapat menggunakan perkhidmatan digital tersebut, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku, antaranya:
- Perkhidmatan digital tersebut hanya tersedia pada tempoh tertentu
- Perkhidmatan digital tersebut dihadkan kepada Warganegara sahaja
- Terdapat gangguan teknikal bagi perkhidmatan tersebut
11. Saya telah log masuk menggunakan MyDigital ID di portal MyGovernment. Walaubagaimanapun, terdapat perkhidmatan yang memerlukan saya log masuk semula untuk mencapai perkhidmatan tersebut. Mengapa?
Perkhidmatan digital tersebut belum diintegrasi menggunakan kaedah Log Masuk Tunggal (Single Sign On - SSO) dengan portal MyGovernment.
12. Bolehkah saya mendapatkan informasi dan menggunakan perkhidmatan di dalam portal MyGovernment tanpa log masuk MyDigital ID?
Ya, anda boleh menggunakan informasi di dalam portal MyGovernment dan menggunakan sesetengah perkhidmatan yang tidak memerlukan anda log masuk.
13. Saya seorang Bukan Warganegara/ PR. Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan digital di dalam portal ini?
Ya, Bukan Warganegara dan Pemastautin Tetap (PR) boleh mengakses maklumat serta menggunakan perkhidmatan digital tertentu yang disediakan dalam Portal MyGovernment, tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh agensi penyedia perkhidmatan.
14. Saya menghadapi masalah pendaftaran pengguna menggunakan MyDigital ID. Bagaimana saya boleh mendapatkan bantuan?
Sekiranya anda mengalami masalah untuk mendaftar sebagai pengguna melalui MyDigital ID, sila hubungi meja bantuan MyDigital ID.
Emel: info@mydid.my
Talian: +603 8687 2772
15. Adakah terdapat panduan yang boleh saya rujuk berkaitan pendaftaran, pengemaskinian dan penghapusan akaun di portal MyGovernment?
Ya, anda boleh merujuk kepada manual pengguna yang disediakan di pautan berikut:
16.Saluran manakah yang patut dihubungi jika saya mempunyai masalah berkaitan portal MyGovernment?
Sekiranya anda ingin membuat aduan atau memberikan maklum balas berkaitan portal MyGovernment, anda boleh berbuat demikian di pautan berikut:
