Hak dan Manfaat Pekerja
Akta Kerja 1955 merupakan undang-undang utama yang mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja di Semenanjung Malaysia. Ia digunakan sebagai garis panduan utama dalam menetapkan kebajikan, hak dan tanggungjawab pekerja serta majikan. Antara garis panduan yang ditetapkan: Waktu Kerja: pekerja berhak kepada waktu bekerja biasa yang tidak melebihi 45 jam seminggu Cuti Tahunan Kurang 2 tahun perkhidmatan: 8 hari 2 - 5 tahun perkhidmatan: 12 hari 5 tahun ke atas: 16 hari Cuti Sakit Kurang 2 tahun perkhidmatan: 14 hari 2 - 5 tahun perkhidmatan: 16 hari 5 tahun ke atas: 22 hari Cuti Hospitalisasi: 60 hari Cuti Bersalin : 98 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am. Layak elaun cuti bersalin dengan syarat: Bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam 9 bulan sebelum bersalin Mempunyai kurang daripada 5 anak hidup Cuti Paterniti: 7 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am. Maksimum 5 kelahiran tanpa mengira bilangan isteri. Syarat: telah berkahwin secara sah dan memaklumkan kehamilan isteri kepada majikan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh bersalin atau secepat mungkin selepas kelahiran Gaji Minimum Memastikan semua pekerja menerima gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan Perlindungan Pemberhentian Memantau pengurusan pemberhentian pekerja dan memastikan hak dan kebajikan pekerja terjaga Rujukan: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Ordinan Buruh Sabah ialah undang-undang buruh utama yang berkuat kuasa khusus di negeri Sabah. Ia bertujuan untuk melindungi hak pekerja dan memastikan hubungan kerja yang adil antara majikan dan pekerja. Antara garis panduan yang ditetapkan: Waktu Kerja: Pekerja berhak kepada waktu bekerja biasa yang tidak melebihi 45 jam seminggu Cuti Tahunan Kurang 2 tahun perkhidmatan: 8 hari 2 - 5 tahun perkhidmatan: 12 hari 5 tahun ke atas: 16 hari Cuti Sakit Kurang 2 tahun perkhidmatan: 14 hari 2 - 5 tahun perkhidmatan: 16 hari 5 tahun ke atas: 22 hari Cuti Hospitalisasi: 60 hari Cuti Bersalin : 98 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am. Layak elaun cuti bersalin dengan syarat: Bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam 9 bulan sebelum bersalin Mempunyai kurang daripada 5 anak hidup Cuti Paterniti: 7 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am. Maksimum 5 kelahiran tanpa mengira bilangan isteri. Syarat: telah berkahwin secara sah dan memaklumkan kehamilan isteri kepada majikan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh bersalin atau secepat mungkin selepas kelahiran Gaji Minimum Memastikan semua pekerja menerima gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan Perlindungan Pemberhentian Memantau pengurusan pemberhentian pekerja dan memastikan hak dan kebajikan pekerja terjaga Rujukan: Jabatan Tenaga Kerja Sabah Ordinan Buruh Sarawak adalah undang-undang utama yang mengawal hubungan antara majikan dan pekerja di negeri Sarawak. Antara garis panduan yang ditetapkan: Waktu Kerja: Pindaan daripada 48 jam seminggu ke 45 jam seminggu Cuti Sakit: 14 hari setahun Cuti Hospitalisasi: 60 hari setahun Cuti Bersalin : 98 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am. Layak elaun cuti bersalin dengan syarat: Bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam 9 bulan sebelum bersalin Mempunyai kurang daripada 5 anak hidup Cuti Paterniti: 7 hari berturut-turut termasuk hari rehat dan cuti am. Maksimum 5 kelahiran tanpa mengira bilangan isteri. Syarat: telah berkahwin secara sah dan memaklumkan kehamilan isteri kepada majikan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh bersalin atau secepat mungkin selepas kelahiran Rujukan: Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
Berdasarkan Akta Kerja 1955, pekerja wanita yang hamil di Malaysia dilindungi oleh undang-undang buruh yang menetapkan hak dan manfaat tertentu untuk memastikan kebajikan mereka dijaga sepanjang kehamilan sehingga selepas bersalin. Berikut merupakan antara hak dan manfaat pekerja hamil: Cuti Bersalin Tempoh: Minimum 98 hari berturut-turut (berkuat kuasa Januari 2023). Bayaran: Dibayar sepenuhnya jika: Telah bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh 9 bulan sebelum bersalin, dan Telah memaklumkan majikan tentang kehamilan dan tarikh jangkaan bersalin. Boleh dimulakan seawal daripada 30 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin. Perlindungan daripada pemecatan semasa hamil Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja hamil atas sebab kehamilan. Pemecatan hanya dibenarkan jika disebabkan salah laku serius, penutupan syarikat, atau pengurangan pekerja, dan bukti perlu disertakan. Rujukan: Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) – Jabatan Tenaga Kerja
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) ialah tabung simpanan wajib untuk dana persaraan bagi pekerja sektor swasta dan sesetengah sektor awam. Caruman KWSP adalah hak pekerja kerana ia memastikan anda mempunyai simpanan persaraan, perlindungan sosial serta boleh digunakan dalam keadaan tertentu seperti pendidikan, perumahan dan kesihatan. Kewajipan Majikan dan Pekerja Majikan mesti mendaftar dengan KWSP dan membuat potongan caruman bulanan daripada gaji pekerja Majikan juga perlu menambah bahagian caruman mereka sendiri Kadar Caruman Majikan: 13% (jika gaji ≤ RM5,000) atau 12% (jika gaji > RM5,000) Pekerja: 11%
Simpanan KWSP dibahagikan kepada tiga akaun: Akaun Persaraan (75%) Sebagai sumber pendapatan semasa persaraan Hanya boleh dikeluarkan apabila pekerja mencapai umur 55 tahun Akaun Sejahtera (15%) Untuk persediaan persaraan. Boleh dikeluarkan untuk kegunaan tertentu seperti pembelian rumah, rawatan perubatan penyakit kritikal, pembelian perlindungan insurans/ takaful, mengerjakan haji atau yuran pendidikan dengan syarat-syarat tertentu Akaun Fleksibel (10%) Membolehkan pekerja mengakses simpanan mereka jika diperlukan dengan syarat-syarat tertentu
Pertubuhan Keselamatan Sosial(PERKESO) adalah sebuah agensi kerajaan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja di sektor formal dan sektor bukan formal melalui skim-skim keselamatan sosial. Matlamat PERKESO adalah untuk melindungi pekerja daripada risiko kemalangan pekerjaan, penyakit akibat pekerjaan, kehilangan pekerjaan dan ketidakupayaan yang boleh menjejaskan pendapatan mereka. Peranan PERKESO Mentadbir dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022; Mengurus dan melaksanakan skim perlindungan keselamatan sosial yang diperuntukkan di bawah ke empat-empat Akta; Memastikan dana keselamatan sosial sentiasa mapan dan kukuh bagi memastikan kelestarian pengoperasian; Mempromosikan kesedaran perlindungan keselamatan sosial dan pengurusan risiko yang baik menerusi program pencegahan, keselamatan dan pemulihan yang berimpak tinggi kepada semua golongan masyarakat; Memperluaskan jaringan keselamatan sosial yang lebih inklusif dan sejagat untuk meningkatkan kesedaran keterangkuman kewangan (financial inclusiveness) dan kesejahteraan pelanggan; Menyampaikan perkhidmatan berkualiti dan efisien melangkaui ekspektasi pelanggan selaras dengan konsep 'prihatin' selaku pengamal keselamatan sosial menerusi pendigitalan pengoperasian Misi PERKESO Memberi perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif demi kesejahteraan sosial semua sepanjang hayat. Untuk memudahkan pemahaman dan akses kepada perlindungan yang disediakan, PERKESO memperkenalkan jenama baru iaitu Lindung yang merangkumi beberapa produk perlindungan utama: Lindung Pekerja - Skim Perlindungan PERKESO kepada pekerja formal (Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969) Lindung Kerjaya - Sistem Insurans Pekerjaan (Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017) Lindung Kendiri - Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017) Lindung Kasih - Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022)
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Ia menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja melalui skim caruman bersama antara majikan dan pekerja. Caruman PERKESO adalah hak pekerja kerana ia melindungi mereka daripada risiko kemalangan pekerjaan, penyakit pekerjaan, hilang upaya dan kematian semasa bekerja. Kewajipan Majikan dan Pekerja Semua majikan wajib mendaftar pekerja dengan PERKESO dalam masa 30 hari dari tarikh penggajian. Majikan perlu membuat potongan caruman pekerja dan membayar bahagian caruman majikan.
Berikut merupakan skim perlindungan utama di bawah PERKESO kepada pencarum dalam sektor formal: Meliputi kemalangan yang berlaku di tempat kerja atau semasa perjalanan ke/ dari tempat kerja. Skim ini memberi pampasan untuk kehilangan upaya kekal, hilang pendapatan atau kematian. Faedah kepada pekerja yang mengalami kehilangan upaya untuk bekerja akibat sakit kritikal yang berkekalan. Antara faedah Skim Keilatan meliputi Bantuan Ilat, Pencen Ilat dan Pencen Penakat. Membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan penempatan semula pekerjaan. Antara contoh kehilangan pekerjaan: VSS/MSS (skim pemisahan sukarela/persefahaman bersama) Penutupan tempat kerja kerana bencana alam (force majeure) Bankrap atau penutupan perniagaan Antara faedah SIP meliputi Elaun Mencari Pekerjaan, Elaun Latihan dan Penempatan Pekerjaan.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 bertujuan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan di semua tempat kerja seluruh Malaysia. Akta ini menggariskan: Tanggungjawab Majikan : Menyediakan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan bebas daripada bahaya kepada semua pekerjanya. Hak Pekerja : Pekerja mempunyai hak untuk melaporkan sebarang keadaan kerja yang tidak selamat kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) memainkan peranan penting dalam memastikan undang-undang buruh dipatuhi oleh majikan dan pekerja dilindungi. Beberapa peranan JTK termasuk: Penguatkuasaan Undang-Undang Buruh JTK bertanggungjawab memastikan majikan mematuhi undang-undang buruh termasuk pembayaran gaji minimum, waktu bekerja dan pengurusan pemberhentian pekerja. Menyiasat Aduan Pekerja Pekerja yang menghadapi isu seperti gaji tidak dibayar, pemberhentian tidak adil, atau diskriminasi di tempat kerja boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Aduan boleh disalurkan melalui dua cara utama: Mengunjungi pejabat JTK terdekat Melalui aplikasi mudah alih Working for Workers (WFW) Nasihat dan Kesedaran JTK juga menyediakan nasihat kepada pekerja dan majikan mengenai hak dan tanggungjawab masing-masing. Ini termasuk mempromosikan amalan terbaik di tempat kerja.
Aplikasi Mobile eAduan @JTKSM ini adalah salah satu alternatif yang disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) khas untuk kegunaan pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia sahaja. Aplikasi ini turut menyediakan perkhidmatan penyaluran aduan perburuhan bagi memudahkan pihak pekerja, orang awam atau pihak ketiga untuk memfailkan aduan sekiranya berlaku ketidakpatuhan undang-undang perburuhan. Aduan perburuhan yang diterima akan disiasat oleh pegawai JTKSM bagi memastikan golongan pekerja di sektor swasta mendapat perlindungan perburuhan serta hak-hak minima seperti mana yang diperuntukkan di dalam undang-undang perburuhan dipatuhi oleh majikan. Sehubungan itu, kini disamping pekerja boleh memfailkan aduan melalui surat, e-mel, telefon, Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) atau hadir secara fizikal ke pejabat JTK yang berdekatan, pekerja juga boleh menggunakan aplikasi eADUAN yang boleh dimuat turun melalui telefon bimbit pekerja itu sendiri. Antara maklumat yang diperlukan untuk membuat aduan adalah seperti berikut: Butiran lengkap pengadu Butiran lengkap pihak yang diadu Isu-isu aduan Salinan dokumen sokongan seperti surat lantikan atau kontrak perkhidmatan, penyata gaji atau apa-apa dokumen lain yang berkaitan
