Persediaan Bekerja
Sebelum memohon mana-mana pekerjaan, pastikan anda telah mengemas kini resume ataupun CV anda. Panduan umum penyediaan resume: Manfaatkan penggunaan templat/ resume generator yang terdapat dalam talian Penggunaan kata kunci ( keywords ) dalam resume untuk menarik perhatian sistem Applicant Tracking System (ATS) Gunakan kata kunci yang diambil dari deskripsi iklan kerja dan sesuaikan dengan kemahiran anda Elakkan terlalu banyak format grafik yang menghalang imbasan ATS Pastikan dokumen dalam format mesra ATS seperti PDF
Temuduga merupakan satu langkah penting dalam proses pemilihan calon untuk sesuatu jawatan. Persediaan yang rapi tidak hanya mempertingkatkan keyakinan diri tetapi juga memberi kelebihan untuk diterima dalam jawatan yang dimohon. Panduan umum persediaan temuduga: Sebelum Temuduga Semak kelayakan: Pastikan anda memenuhi kriteria akademik dan kelayakan wajib yang ditetapkan Pengalaman Bekerja: Persiapkan diri dengan pengalaman yang relevan Profil Syarikat: Kumpulkan maklumat mengenai syarikat, perkhidmatan yang disediakan, serta organisasi Persediaan Jawapan: Sediakan jawapan untuk soalan umum dan spesifik. Susun resume beserta sijil dengan baik Ketepatan Masa dan Penampilan: Pastikan anda tiba awal serta penampilan anda sesuai dan kemas Semasa Temuduga Jaga bahasa badan Elakkan gangguan seperti telefon Tunjukkan minat serta komitmen kepada jawatan yang dimohon Selepas Temuduga Ucapkan terima kasih, tanya tentang tarikh keputusan dan langkah seterusnya jika berjaya
