KEWANGAN, PERCUKAIAN DAN ZAKAT
Kewangan, Percukaian dan Zakat

Sistem kewangan, percukaian dan zakat di Malaysia dibangunkan bagi memastikan pengurusan ekonomi negara berjalan secara adil, telus dan berlandaskan undang-undang. Sistem ini saling melengkapi dalam menjana ekonomi mampan serta memastikan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat dapat dipenuhi dan dinikmati di segenap lapisan masyarakat.
Ketahui topik berkaitan pendidikan kewangan, pengurusan kewangan, pinjaman kewangan, pengurusan cukai dan pelaburan serta agensi yang terlibat dalam menyalurkan perkhidmatan kewangan yang bersesuaian dengan keperluan rakyat.
