Mengurus Zakat
Pengertian bahasa : Daripada terbitan bahasa arab bermaksud suci dan subur, bersih, berkat, berkembang Pengertian syarak: Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu Hukum zakat: Fardhu ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi syarat-syarat wajib Rujukan: Pusat Pungutan Zakat Lembaga Zakat Selangor Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Dua jenis zakat yang wajib dikeluarkan oleh umat Islam: Zakat Fitrah : wajib pada bulan Ramadan, untuk semua Muslim. Zakat Harta : Zakat pendapatan Zakat wang simpanan Zakat perniagaan Zakat emas Zakat perak Zakat saham Zakat pertanian Zakat ternakan
Terdapat pelbagai saluran untuk membuat pembayaran zakat sekiranya anda telah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan syarak. Berikut merupakan cara-cara membayar zakat di Malaysia secara rasmi melalui saluran yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Negeri: Laman web rasmi agensi organisasi zakat setiap negeri Wilayah Persekutuan Selangor Melaka Negeri Sembilan Johor Perak Pahang Kelantan Terengganu Kedah Perlis Pulau Pinang Sabah Sarawak Pejabat agensi zakat negeri (PPZ, LZS atau Pusat Zakat Negeri masing-masing) Kaunter Zakat Bergerak seperti van zakat bergerak atau reruai di pusat beli-belah semasa musim tertentu, contohnya semasa bulan Ramadan Kaunter Bank Kaunter Pejabat Pos Masjid atau surau terpilih Anda boleh membuat potongan gaji secara bulanan melalui majikan dengan menghubungi pusat zakat negeri masing-masing. KZD atau Kaunter Zakat Digital adalah satu saluran bayaran yang membolehkan pembayar zakat membuat membuat bayaran zakat melalui talian telefon sahaja tanpa perlu hadir ke kaunter Bayaran melalui ejen yang dilantik oleh organisasi zakat secara langsung ke akaun syarikat pengendali zakat Semua bayaran zakat yang dibuat melalui saluran rasmi akan mendapat potongan cukai pendapatan tahunan. Pastikan anda menyimpan resit dan penyata zakat bagi tujuan rekod pelepasan cukai.
