Pendidikan Kewangan
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu individu mengurus kewangan secara lebih berkesan. Salah satu teras utama AKPK ialah menyediakan pendidikan kewangan kepada masyarakat. Kumpulan sasaran mengikut fasa kehidupan: Belia dan pelajar IPT Tenaga kerja muda Keluarga dan pasangan Pesara dan warga emas Ikuti pendidikan kewangan di pautan berikut:
MyBijakKewangan merupakan platform yang dibangunkan oleh AKPK untuk pengurusan kewangan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan: Mengira bajet Menyediakan unjuran kewangan berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan semasa Membantu merancang simpanan persaraan
AKPK menyediakan khidmat nasihat kewangan bagi membantu individu mengurus kewangan peribadi dengan lebih baik. Antara khidmat utama: Kaunseling Kewangan Membantu mengenal pasti masalah kewangan, corak perbelanjaan, dan kemampuan kewangan Menyediakan bajet bulanan, strategi penjimatan dan cara mengurus hutang MyKNP Khidmat nasihat kepada pembeli rumah yang mengalami penolakan permohonan pembiayaan perumahan oleh institusi kewangan
