Wang Tidak Dituntut merujuk kepada wang milik individu atau syarikat yang tidak dituntut oleh pemiliknya dalam tempoh tertentu walaupun telah sedia untuk dibayar. Wang ini lazimnya berpunca daripada lebihan bayaran, dividen, gaji, simpanan bank atau bayaran insurans yang tidak dituntut.
Bagi memudahkan orang awam membuat semakan dan tuntutan, kerajaan telah menyediakan sistem dalam talian eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System) yang membolehkan semakan WTD dilakukan dengan mudah, cepat dan selamat.
Semak WTD