PERSONAL IDENTIFICATION
Malaysian International Passport: a travel document issued by the Malaysian government to its citizens for travel to permitted countries, except where special approval is required for restricted countries. The passport is the property of the Government of Malaysia and may be withdrawn at any time. Validity period: 5 years Security Features of the Malaysian International e-Passport (2017 Version): Complies with the International Civil Aviation Organization DOC 9303 standards Equipped with multiple advanced security features designed to make forgery difficult
Fees: Standard (ages 13–59): RM200 Children (12 years and below): RM100 Senior citizens (60 years and above): RM100 Hajj pilgrims (with offer letter): RM100 Students under 21 with an offer to study overseas: RM100 Registered persons with disabilities (OKU): Free First-Time Application Procedure: Applicants are required to visit an immigration office in person to apply at the counter Applicants under 18 years old must be accompanied by a parent or legal guardian
Antara situasi pembaharuan pasport termasuk: Tamat tempoh Sah laku pasport kurang dari 6 bulan Halaman penuh Anda boleh memperbaharui pasport dengan dua kaedah: Dalam talian Permohonan dalam talian bagi pembaharuan pasport dengan syarat pasport semasa masih dalam keadaan baik (tidak rosak/ basah) dan masih dalam simpanan (tidak hilang) Pemohon bagi kategori berikut tidak boleh memohon secara dalam talian: OKU Pasport yang rosak/hilang Kanak-kanak 13 tahun ke bawah Pelajar yang akan menyambung pengajian ke luar negara peringkat Ijazah Sarjana Muda Jemaah Haji Di kaunter imigresen Baki tempoh sah laku pasport Malaysia yang lama, dengan had maksimum enam (6) bulan boleh dipindahkan dan dimasukkan ke dalam pasport yang baru dikeluarkan, dengan mematuhi syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan seperti berikut: Bukan kes hilang/ rosak Bukan kes dalam siasatan Dokumen yang diperlukan: Kad pengenalan Sijil lahir (bagi yang berumur 18 tahun ke bawah) Pasport Malaysia semasa/ terakhir Pastikan pasport semasa masih dalam keadaan baik kerana anda perlu membawa pasport tersebut semasa pengutipan pasport yang baharu.
Sekiranya pasport anda hilang/ rosak, anda perlu membuat penggantian segera di mana-mana pejabat imigresen berdekatan: Dokumen yang diperlukan: Laporan Polis (kes kehilangan/ kes kebakaran/ kes bencana alam) Kad pengenalan pemohon Sijil Lahir dan kad pengenalan Ibu/ Bapa yang hadir (pemohon berumur bawah 18 tahun) Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09) sekiranya tiada kad pengenalan Surat pengesahan majikan yang bertugas di luar negara (jika berkaitan) Sijil Perakuan Cemas (SPC) dan surat daripada Pejabat Operasi Imigresen di pintu masuk (jika kehilangan/ kerosakan berlaku di luar negara) Kelulusan permohonan gantian pasport yang telah hilang/ rosak bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen. Tempoh keputusan: 5 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima Kehilangan pasport di luar negara hendaklah dilaporkan segera di pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat bagi mendapatkan gantian.
Sekiranya pasport anda hilang / rosak semasa berada di luar negara, berikut merupakan langkah yang perlu diambil: Buat laporan polis Buat laporan kehilangan pasport di negara berkenaan. Simpan salinan laporan. Hadir ke Pejabat Perwakilan Imigresen/ Kedutaan Malaysia/ Malawakil Serahkan laporan polis sebagai bukti kehilangan dan mohon Sijil Perakuan Cemas (SPC). Apakah SPC? Dokumen perjalanan satu hala untuk kembali ke tanah air Tempoh sah laku: 9 bulan daripada tarikh dikeluarkan Kadar bayaran: RM50 atau senilai dengannya Malawakil: Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia di negara asing merangkumi kedutaan, pesuruhjaya tinggi dan konsulat general di luar negara. Buat laporan sebaik tiba di Malaysia Hadir ke Unit Kehilangan dan Kerosakan, Bahagian Keselamatan dan Pasport di Jabatan Imigresen. Lengkapkan borang permohonan dan cop sumpah. Dokumen diperlukan: Kad pengenalan Sijil Perakuan Cemas
Apakah dokumen perjalanan terhad Sabah/ Sarawak? Dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia hanya kepada warganegara Malaysia dari semenanjung yang tinggal sementara di Sabah/ Sarawak melebihi 3 bulan. Tempoh Sah Laku: 5 tahun daripada tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi Bayaran: RM5
Apakah Pasport Terhad Brunei? Pasport yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia khusus untuk warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk ke Negara Brunei Darussalam. Tempoh Sah Laku: 5 tahun daripada tarikh dikeluarkan Bayaran: RM50 Permohonan boleh dikemukakan di pejabat-pejabat Imigresen di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
Apakah Pas Sempadan Malaysia-Thailand? Dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia hanya kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap lebih 1 tahun di: Kedah Perlis Kelantan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) Had perjalanan: selatan Thailand iaitu Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani Tempoh Sah Laku: 1 tahun daripada tarikh dikeluarkan. Tempoh sah laku tidak boleh dilanjutkan dan tidak boleh kurang daripada 30 hari sebelum perjalanan keluar ke Thailand Bayaran: RM10
Apakah Pas Menyeberang Sempadan Malaysia-Indonesia? Dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada warganegara Malaysia menetap lebih 6 bulan di: Sabah: Daerah Pentadbiran Pensiangan Tenom Sipitang Tawau Sarawak: Lundu Bau Kuching Serian Simanggang Lubok Antu Tempoh Sah Laku: 1 tahun daripada tarikh dikeluarkan dan hanya boleh berada di Indonesia tidak melebihi 30 hari dalam satu tempoh masa Bayaran: RM20
Apakah Surat Akuan Pengenalan? Dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada Penduduk Tetap Malaysia yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan ( stateless ). Surat akuan pengenalan ini hanya boleh dikeluarkan dengan syarat: Surat Pengesahan daripada pejabat Kedutaan Negara asal pemohon Surat sumpah / perakuan diri Bayaran: RM500 Tempoh sah laku: 5 tahun
