Tindak balas serta Pemulihan Bencana
Portal Bencana
Pengenalan
Portal Bencana merupakan gerbang maklumat bersepadu berkaitan bencana yang berlaku di dalam negara. Sebarang bencana yang berlaku sama ada semulajadi (contoh: banjir, gempa bumi) atau buatan manusia (contoh: tumpahan bahan kimia) akan dihebahkan kepada orang awam melalui saluran portal bencana ini.
Latarbelakang
Portal bencana ini mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2014 di bawah kendalian Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kontraktor yang membangunkan portal ini merupakan sebuah syarikat dari Korea Selatan. Semasa penubuhan NADMA pada Oktober 2015, pihak MKN telah menyerahkan portal ini kepada NADMA. Portal bencana ini telah dibangunkan menggunakan language C# dan pangkalan data oracle.
Penyataan Masalah
Susulan kejadian banjir besar yang berlaku di Malaysia (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) pada tahun 2014 menjadi punca tertubuhnya Unit Pemulihan Pasca Banjir (UPPB) di bawah MKN. Pada 26 Ogos 2015, Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menubuhkan NADMA dalam usaha memberi fokus kepada kejadian-kejadian banjir seterusnya bencana yang berlaku di dalam negara. Oleh yang demikian, NADMA secara rasmi beroperasi pada Oktober 2015 di mana ia mengambil alih tugas pengurusan bencana dari MKN.
Portal bencana dibangunkan bertujuan sebagai hub penyebaran maklumat kepada orang awam berkaitan bencana secara online. Oleh itu, orang awam tidak perlu lagi untuk membuka banyak laman web untuk mengetahui status semasa bencana kerana.
Objektif
- Sebagai hub perkongsian maklumat berkaitan bencana kepada orang awam secara online
- Membolehkan pihak NGO/NGI berdaftar dengan NADMA dan mengetahui keperluan bantuan yang boleh disumbangkan kepada mangsa bencana
- Untuk berkongsi maklumat berkaitan bantuan yang telah dihantar ke sesebuah tempat bencana
Tools/Features yang digunakan
Portal bencana ini menggunakan platform GIS dalam paparan maklumat berkaitan bencana di mana pengguna dapat mengetahui kedudukan sebenar kejadian bencana yang sedang berlaku dan jumlah mangsa yang terlibat.
Impak
- Sebagai hub rujukan bagi agensi kerajaan mahupun swasta berkaitan bencana yang berlaku di dalam negara
- Berkongsi maklumat terkini bencana kepada orang awam yang berlaku di dalam negara serta negara yang berdekatan dengan Malaysia yang mampu memberikan kesan secara langsung (contoh: jerebu dari sumatera).
Rantaian kehadapan
- Pembangunan portal bencana baru menggunakan platform yang mudah diselenggara memandangkan platform yang digunapakai sekarang sukar untuk diselenggara kerana kekurangan dokumen sokongan semasa proses penyerahan dilakukan
- Dengan pembangunan portal baru, proses integrasi data dengan agensi teknikal akan jadi menjadi lebih mudah dengan menggunakan API link.
- Penggunaan platform GIS yang tidak memerlukan lesen yang perlu diperbaharui setiap tahun untuk mengurangkan bajet perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh Jabatan
- Pembaharuan perkakasan untuk menyokong keperluan sistem yang menyimpan data lebih banyak pada masa akan datang kerana perkakasan sedia ada yang hampir obsolete (tahun: 2012)
- Persediaan untuk menyediakan mobile apps bencana di mana pegawai di lapangan dapat membuat laporan secara online untuk dikongsi kepada orang awam status bencana semasa.
Maklumat lanjut
Media Sosial:
Facebook: @nadmaMalaysia
Twitter: @mynadma
Instagram: @NADMAmalaysia
Pautan URL
