Policy, Strategy and Governance
Garis Panduan Data Terbuka dan Data Stewards
Apakah Garis Panduan Data Terbuka?
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah melaksanakan inisiaitif Data Terbuka bermula pada tahun 2014 dengan membangunkan Portal Data Terbuka, data.gov.my sebagai paltform perkongsian data terbuka kerajaan. Bagi menjayakan inisiatif ini, kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015: Pelaksanaan Data Terbuka sebagai panduan kepada kementerian/ agensi dalam pelaksanaan data terbuka bagi menggalakkan perkongsian data, di samping meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah, cepat dan telus. Pekeliling tersebut juga mengandungi panduan berkaitan Prinsip Data Terbuka, tadbir urus yang mantap, langkah penyediaan dan penerbitan set data. Dasar dan Garis Panduan ICT Sektor Awam adalah terpakai kepada semua agensi Kerajaan.
Garis Panduan Data Terbuka turut menjelaskan sepuluh (10) prinsip data terbuka sektor awam berdasarkan amalan terbaik global iaitu Data lengkap (Complete data); Sumber Utama (Primary Source); Terkini (Timely); Kebolehcapaian (Accessible); Kebolehbacaan Mesin (Machine readable); Tanpa-Diskriminasi (Non-discriminatory); Penggunaan Standard Terbuka (Use of Open Standard); Pengarkiban Data (Permanent); Hak Penggunaan (Licensing); dan Kos Penggunaan (Usage Costs).
