Keselamatan Siber
Perlindungan Ketirisan Maklumat Elektronik - DLP
Apakah Data Leakage Protection (DLP)
DLP merupakan satu inisiatif di bawah National Key Economic Area (NKEA) Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur (CCI) EPP8 e-Kerajaan. Projek ini telah dilaksanakan secara perintis antara MAMPU dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi tempoh dua (2) tahun mulai 20 Februari 2014 sehingga 19 Februari 2016. Sistem DLP merupakan satu sistem yang digunakan untuk mengesan kemungkinan berlakunya insiden kebocoran maklumat. Ianya melibatkan kaedah mengenalpasti, memantau dan melindungi data dalam tiga (3) kaedah/keadaan iaitu :
1) Data dalam penggunaan (semasa penggunaan komputer desktop, komputer riba, telefon pintar, tablet atau lain-lain peranti mudah alih);
2) Data dalam simpanan (pangkalan data, sistem fail dan media storan); dan
3) Data yang sedang dipindahkan (data dalam rangkaian melalui internet dan rangkaian tanpa wayar).
Mengapa DLP Diperlukan?
Antara penyebab berlakunya kehilangan data di organisasi dan memerlukan DLP ialah :
1) Kehilangan atau kecurian komputer riba dan peranti mudah alih;
2) Pemindahan data tanpa kebenaran ke peranti USB;
3) Pengkategorian data sensitif yang tidak wajar;
4) Kecurian data oleh kakitangan atau pihak luar;
5) Mencetak dan menyalin data sensitif oleh pekerja;
6) Tindak balas yang tidak mencukupi apabila berlakunya pencerobohan; dan
7) Penghantaran data sensitif yang tidak disengajakan.
Bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya insiden kebocoran maklumat, agen

