Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
Bekerja Dari Rumah (BDR)
Latar belakang
Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021, dasar BDR dalam perkhidmatan awam telah dilaksanakan secara rasmi melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 (PP 5/2020). Namun demikian, pelaksanaan BDR dalam perkhidmatan awam telah dilaksanakan lebih awal dari tarikh tersebut berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara yang menuntut norma baharu dalam kaedah bekerja. YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 dalam langkah mengekang pandemik COVID-19.
Konsep BDR dalam perkhidmatan awam ini membolehkan pegawai diarahkan untuk melaksanakan tugas hakiki atau tugas-tugas rasmi lain dari rumah pada hari bekerjanya. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan boleh dipertimbangkan untuk BDR sepenuh hari atau separuh hari bagi sesuatu tempoh, mengikut kesesuaian tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dengan memenuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam PP 5/2020.
Pegawai boleh diarah oleh Kerajaan atau Ketua Jabatan untuk BDR bagi tujuan seperti berikut:
- untuk mengurangi atau mengelakkan kerugian/ kerosakan/ kemusnahan atas sebab-sebab seperti pencemaran alam sekitar, penularan penyakit berjangkit dan/ atau bencana alam yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman awam sama ada di pejabat/ premis atau kawasan tempat kediaman; atau
- untuk mengelakkan berlaku kemudaratan, kesukaran atau keadaan serba salah sama ada terhadap pegawai sendiri atau pegawai-pegawai lain di pejabat sekiranya pegawai berkenaan hadir di pejabat; atau
- mewujudkan keseimbangan dan kesejahteraan antara keperluan agensi terhadap kesinambungan tugas demi kepentingan perkhidmatan dan keperluan pegawai menguruskan hal persendirian dalam situasi di mana pegawai tidak dibenarkan menggunakan kemudahan cuti.
Kerajaan atau Ketua Jabatan boleh mengarahkan mana-mana pegawai atau kelompok pegawai dalam jenis kerja tertentu untuk BDR berdasarkan tujuan-tujuan tersebut tertakluk kepada bentuk kerja yang boleh dilaksanakan di Rumah dan tidak memerlukan keberadaan melaksanakan tugas di pejabat.
Pencapaian
Berdasarkan pemerhatian umum, dasar BDR tidak mempengaruhi produktiviti sektor perkhidmatan awam secara negatif kerana pentadbiran Kerajaan masih dapat berjalan dengan lancar walaupun pegawai perkhidmatan awam tidak hadir secara fizikal di pejabat.
Statistik/Rajah/Gambar Ikon
Sehingga kini, tiada data/statistik rasmi mengenai pelaksanaan BDR di sektor perkhidmatan awam kerana kajian pelaksanaannya belum lagi dijalankan. Namun, Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan kajian tersebut bagi melihat kebolehupayaan pelaksanaannya di samping kekangan yang dihadapi dalam mengemaskini dan menambahbaik dasar BDR tersebut.
Maklumat Lanjut
Nama : Unit Komunikasi Korporat, Blok C1-C3, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 603 8000 8000; 603-8885 3830
E-mel : komunikasi@jpa.gov.my
Media Sosial:
- www.jpa.gov.my
- https://www.facebook.com/myjpa/
- https://twitter.com/jpagov
- https://www.instagram.com/jpa2day/
Agensi Bertanggungjawab: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Pautan Kepada Halaman Yang Spesifik Beserta FAQ
- https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2020/pp052020.pdf
- https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2020/faq_pp052020.pdf
- https://www.facebook.com/myjpa/posts/infografik-pekeliling-perkhidmatan-bilangan-5-tahun-2020-dasar-bekerja-dari-ruma/10157305736271910/
- https://www.instagram.com/p/CJcl9annzuC/?igshid=10firf7qrqtsz
- https://twitter.com/jpagov/status/1344483892028346369?s=20
