Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
E-bazar Selangor
Membantu peniaga harungi cabaran Covid-19
Latar Belakang
Berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia serta Perintah Kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, kebanyakan perniagaan fizikal terpaksa ditutup dan rakyat diminta duduk rumah untuk membendung penularan virus.
Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Sidec telah melancarkan satu Inisiatif Pemulihan Digital Selangor yang dipanggil Kempen Selangor E-Bazar.
Ia bertujuan untuk merancakkan kembali ekonomi di Selangor sekaligus membuka peluang kepada usahawan, terutamanya usahawan traditional di Selangor untuk mula mengadaptasi penggunaan digital.
Ia juga membantu melahirkan lebih ramai usahawan di Selangor yang celik digital selaras dengan hasrat MyDigital roadmap yang mensasarkan untuk melahirkan 875,000 perusahan mikro, kecil & sederhana.
Pengguna juga boleh membeli barangan dalam talian untuk memenuhi keperluan semasa tanpa keluar rumah dengan harga rendah.
Sebanyak RM7 juta yang berupa e-baucar diskaun telah diperuntukkan kepada peniaga Selangor melalui platform Shopee dan Lazada yang merupakan dua platform e-dagang yang terkemuka di Malaysia.
Peniaga e-dagang perlu mendaftarkan di kedua-dua platform terdahulu. Selepas itu, produk-produk jualan peniaga akan disenaraikan di dalam laman mikro khas Selangor E-Bazar di Shopee dan Lazada.
Manakala pengguna boleh klik pada e-baucar diskaun yang terpapar sekaligus menikmati harga yang murah atau penghantaran percuma dan dapat meningkatkan kuasa beli.
Sepanjang pelaksanaan PKP, 4 pusingan kempen E-bazar telah diadakan seperti tertera di bawah:
- E-Bazar Raya 2020 (04 Mei 2020 – 30 Jun 2020, 58 hari)
- E-Bazar 11.11 Mega Sales (26 Okt 2020 – 15 Dis 2020, 52 hari)
- E-Bazar CNY 2021(01 Feb 2021 – 07 Mac 2021, 35 hari)
- E-Bazar Raya 2021 (15 Apr 2021- 29 Mei 2021, 45 hari)
Kempen E-bazar Selangor memenuhi dua kriteria United Nations Sustainable Development Goals iaitu Goal 8: Decent work and economic growth serta Goal 9: Industry, innovation and infrastructure.
Dua matlamat tercapai kerana peniaga e-dagang menikmati rezeki, mengekalkan pekerjaan dan menyumbang cukai melalui initiasif pendigitalan Selangor.
Outcome/Impak
Secara keseluruhannya, melalui pelaburan RM7 juta oleh kerajaan negeri, empat pusingan kempen tersebut telah menghasilkan jualan terus berjumlah RM144.7 juta dan mewujudkan kesan riak sebanyak RM2.95 bilion untuk ekonomi negeri Selangor.
Terdapat 294,119 penjual, termasuk 74,837 penjual baharu, yang telah mendapat manfaat dari kempen-kempen ini. Ini membolehkan ekonomi negeri terus bergerak sambil mewujudkan saluran penjualan alternatif agar perniagaan tempatan dapat bertahan, terutama di bawah pelbagai sekatan akibat wabak Covid-19.
Sebagai contoh, Haji Mohd Ghazali Anuar, pengusaha Baiworld Kitchen yang berasal dari Kempung Tebuk Mofrad yang telah berjaya meningkatkan jualannya sehingga mencatat jualan kasar RM 3,000 sehari melalui kempen Selangor E-Bazar Raya 2021.
Beliau menjual sambal pecal Ustazah Hafiza, kerepek peria crispy dengan pelbagai perisa iaitu ori, spicy, garlic dan black pepper, serta pegaga crispy serta sambal Jawa.
Selain meningkatkan jualan melalui kempen E-Bazar, Haji Ghazali juga telah dapat membantu pekebun kecil di daerah Sungai Air Tawar, Sabak Bernam dengan membeli hasil sayur-sayuran mereka malah turut membantu golongan asnaf dengan memberikan peluang pekerjaan melalui penghasilan produk beliau.
Disertakan 3 infografik untuk memberi perincian pencapaian 4 Kempen E-bazar Selangor masing-masing.

Maklumat lanjut:
Yong Kai Ping
Ketua Pegawai Eksekutif
019-6652497, kaiping@sidec.com.my
Mohd Azwan Mohd Massom
Pengurus
Jabatan E-dagang
017-5124090, azwan@sidec.com.my
Media Sosial:
Facebook: Sidecmy
Instagram: sidec_official
Linkedin: Selangor Information Technology & Digital Economy
Corporation (Sidec)
Agensi bertanggungjawab: Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (Sidec) Pautan Selangor E-bazar:
Selangor E-bazar Raya 2020Selangor E-bazar CNY 2021Selangor E-bazar Raya 2021