Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
e-COVID19
Sistem eCOVID19 telah dibangunkan dengan kerjasama strategik antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Sistem ini diterajui oleh KKM dan penggunanya terdiri daripada :
- CPRC, Ibu Pejabat, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM
- CPRC, Jabatan Kesihatan Negeri, KKM
- CPRC, Pejabat Kesihatan Daerah, KKM
- Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), KKM
Penerangan:
National Crisis Preparedness and Response Centre (CRPC), Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan pusat yang mengurus dan memantau penularan wabak COVID-19. Beberapa cabaran yang telah dihadapi oleh CPRC dalam pengurusan dan pemantauan COVID-19 iaitu penggunaan proses manual untuk mengurus dan memantau pesakit COVID-19, proses kerja pengurusan COVID-19 adalah dinamik dan sentiasa berubah mengikut keadaan semasa.dan pengagihan sumber yang tidak terurus disebabkan oleh proses manual dalam pengurusan dan pemantauan COVID-19.
Bagi mengatasi cabaran tersebut, pihak MKN dengan kerjasama SKMM telah membangunkan sistem eCOVID19. Objektif sistem ini adalah :
- Untuk memastikan pelaporan data COVID-19 adalah tepat dan terkini;
- Untuk memastikan maklumat yang dilaporkan di lapangan adalah konsisten dan seragam;
- Untuk mengelakkan pertindihan dari segi pelaporan; dan
- Untuk mewujudkan pangkalan data wabak COVID-19 berpusat yang menjadi sumber rujukan di pelbagai peringkat.
Pegawai Rujukan :
Puan Bahariah bt TemuDr Mahesh Appanan