Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
MySejahtera
Institusi Bertanggungjawab:
MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Nasional (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Keterangan:
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
MySejahtera juga membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) memantau keadaan kesihatan pengguna dan mengambil tindakan segera dalam menyediakan rawatan yang diperlukan. MySejahtera dibangunkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]. Ianya disokong oleh semua pengguna telefon pintar Android versi 4.4 dan ke atas, serta pengguna iPhone iOS 11 dan ke atas. MySejahtera dibangunkan menggunakan platform Ionic dengan teknologi geo-location. MySejahtera boleh didapati melalui Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
MySejahtera telah dilancarkan dan dimanfaatkan oleh:
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Warganegara Malaysia dan penduduk Malaysia
Sehingga 18 April 2020, jumlah pendaftaran MySejahtera adalah 58,602.
Pautan:
MySejahteraGamma MalaysiaPegawai Bertanggungjawab:
Hanissull Jalis Binti Md Yusof