Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
Portal 3R Bazar
Latar belakang/Overview Inisiatif
3R Bazar merupakan sebuah portal e-dagang yang memasarkan produk-produk keluaran SWCorp. Portal ini merupakan hasil usaha sama antara Bahagian Kewangan dan Bahagian Teknologi Maklumat di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
Portal 3R Bazar telah dilancarkan untuk kegunaan orang awam pada September 2020. Antara produk yang ditawarkan adalah buku garis panduan, kompendium dan tong kitar semula. Selain itu, portal ini juga menawarkan pembelian dokumen sebut harga secara dalam talian sepenuhnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Di samping itu, perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah seperti bayaran sewaan tempat letak kenderaan, dewan dan band SWCorp.
Sehingga Oktober 2021, Seramai 153 pelanggan telah mendaftar di portal ini. Sebanyak 308 pesanan telah diterima dengan hasil jualan berjumlah RM8,960. Hasil jualan yang paling tinggi adalah dokumen sebut harga yang merekodkan jualan sebanyak RM7,032.
Pengguna-pengguna portal 3R Bazar adalah terdiri daripada syarikat-syarikat pembekal, pelajar, penggiat industri pengurusan sisa, penyewa-penyewa tempat letak kenderaan di sekitar MKN Techzone Embassy dan sebagainya.
Outcome/Impak
Portal 3R Bazar menawarkan perkhidmatan pembelian secara dalam talian secara end-to-end. Setiap produk atau perkhidmatan boleh dibayar secara dalam talian sepenuhnya melalui pembayaran FPX yang disertai oleh 26 bank tempatan.
Portal ini telah memudahkan pengguna terutamanya yang tinggal berjauhan dari ibu pejabat SWCorp di Cyberjaya untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan tanpa perlu hadir ke kaunter secara fizikal. Portal ini telah dioptimumkan sepenuhnya pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan menawarkan perkhidmatan secara berterusan tanpa terjejas dengan perintah tersebut.
Portal 3R Bazar dibangunkan secara dalaman dan boleh direplikasikan di mana-mana agensi tanpa kos yang tinggi. Selain menyokong hasrat kerajaan untuk mewujudkan perkhidmatan secara digital kepada orang awam, portal ini juga telah mengoptimumkan penggunaan sumber manusia, kewangan dan tenaga dengan pengoperasian secara dalam talian sepenuhnya.
Maklumat Lanjut
Nama,Telefon dan e-mel Pegawai untuk dihubungi:
Nama Pegawai : Pn. Anis Akmal binti Arshad
Nombor Telefon : 03-8312 4463
Alamat e-mel : anisakmal@swcorp.my
Nama Pegawai : En. Law Boon Kiat
Nombor Telefon : 03-8312 4403
Alamat e-mel : boon.kiat@swcorp.my
Pautan Kepada Halaman Yang Spesifik Beserta FAQ
Terma dan Syara