Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
Sistem Pengurusan Pengambilan Jawatan MITI (Sistem ePengambilan)
Sistem ePengambilan telah mula digunakan pada tahun 2021 yang bertujuan untuk memudahkan pengurusan pengambilan jawatan yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI). Terdapat dua kategori perjawatan yang terlibat iaitu Pegawai Lantikan Kontrak (Contract of Service) dan juga Pelatih Latihan Industri (PLI).
Memandangkan urusan pengambilan perjawatan ini dilaksanakan secara manual sepenuhnya, maka terdapat beberapa kelemahan seperti ketidakcekapan pengurusan maklumat dan pengurusan sumber manusia. Sistem ePengambilan telah dibangunkan bagi memastikan proses kerja baharu yang lebih efektif dapat dilaksanakan oleh pengguna sistem yang terdiri daripada orang awam untuk memohon peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh MITI dan seterusnya membantu MITI dalam mengenalpasti calon yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
Keberhasilan Sistem ePengambilan
Penggunaan Sistem ePengambilan telah menambah baik proses kerja bagi pengambilan perjawatan di MITI. Sistem ePengambilan juga ditempatkan di Portal MITI bagi memudahkan makluman dan hebahan kepada orang awam berkaitan perjawatan kosong yang diiklankan.
Pengurusan pengambilan perjawatan kini lebih sistematik di mana sistem ini membolehkan orang awam menghantar permohonan, mengakses maklumat permohonan, menyemak status permohonan dan memberikan maklum balas tawaran secara dalam talian. Selain itu, sistem ini memudahkan pihak pengurusan untuk menguruskan pengambilan pekerja dengan maklumat yang seragam, proses yang jelas dan maklumat mudah dicapai.
%2520-%25201.png&w=3840&q=75)
Rajah 1: Makluman di Portal MITI
%2520-%25202.png&w=3840&q=75)
Rajah 2: Laman utama pengguna
Maklumat lanjut:
i. Kamilah bt Adnan
03-6200 0366
ii. Muhammad Azmi bin Tomirin @ Tumirin
03-6200 0323
iii. Wong Chean Loon
03-6200 0357
Pautan Sistem ePengambilan