Dasar, Standard, Pekeliling dan Garis Panduan
Polisi Perlindungan Sosial
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1951,KWSP membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. Polisi perlindungan sosial yang bermanfaat kepada ahli yang mencarum boleh dilayari http://www.kwsp.gov.my/ms/member/overview. Maklumat lanjut berhubung KWSP http://www.kwsp.gov.my/ms/about-epf/corporate-profile
Disamping itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income). Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security. Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Maklumat lanjut berhubung PERKESO boleh dilayari di
PERKESOSelain itu, statistik sosial terpilih yang merupakan indikator asas bagi mengukur kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk di peringkat nasional dan negeri telah dipaparkan dalam laman web Jabatan Perangkaan Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi utama kerajaan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.
Jabatan Perangkaan Malaysia