ICT Sebagai Perkhidmatan
Gerbang Pembayaran Melalui Peranti Mudah Alih (myPay)
Apakah itu myPay?
myPay merupakan perkhidmatan kerajaan yang membolehkan orang ramai membuat bayaran secara mudah dan ringkas melalui telefon mudah alih. Pembayaran yang berkonsep counter free dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Apakah Manfaat myPay?
Inisiatif ini secara tidak langsung membuka satu saluran baru bagi perkhidmatan kerajaan yang membantu memudahkan rakyat untuk melakukan pembayaran secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter pembayaran. Pembayaran juga boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa terikat pada waktu perkhidmatan pejabat. Ini sekaligus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi keperluan rakyat.
Statistik Perkhidmatan
Sehingga kini, senarai agensi yang menawarkan aplikasi mobil myPay kepada orang ramai adalah seperti berikut:

1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional - (PTPTN)
Aplikasi MyPay menyediakan kemudahan semakan baki dan bayaran ansuran bulanan Pinjaman PTPTN. Di samping itu juga anda juga boleh membuat bayaran simpanan deposit SSPN-i dan SSPN-i Plus dengan cepat dan mudah.
Muat turun MyPay di Google Play dan Apple Store atau layari mypay sekarang!

2. Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
MyPay memudahkan bayaran zakat anda dibayar secara online dimana sahaja anda berada. Muat turun MyPay di Google Play dan Apple Store atau layari mypay untuk bayar zakat anda dengan cepat dan mudah.

3. Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara (NIOSH)
Ianya mudah digunakan! Kini anda boleh membuat pembayaran latihan kursus dan peperiksaan dengan mudah melalui peranti pintar anda. Hanya layari mypay
