ICT Sebagai Perkhidmatan
Komunikasi Bersepadu Kerajaan (MyGovUC)
Apakah MyGovUC?
MyGovUC adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu Kerajaan yang diuruskan secara berpusat di Jabatan Digital Negara (JDN). Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi seperti e-mel, persidangan dalam talian dan chat. Perkhidmatan MyGovUC yang dilaksanakan secara Software as a Service (SaaS) merangkumi dua skop perkhidmatan iaitu Perkhidmatan Software as a Service (SaaS) dan Perkhidmatan Aplikasi Sokongan.
_Infografik.png&w=1080&q=75)
Mengapa MyGovUC?
MyGovUC dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos bagi memastikan perkhidmatan komunikasi dan kolaboratif Kerajaan diuruskan secara berpusat untuk kegunaan semua agensi di sektor awam. Melalui perkhidmatan gunasama MyGovUC, Kerajaan dapat meningkatkan produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan awam.
Latarbelakang MyGovUC
Perkhidmatan Government Unified Communication (1GovUC) telah diperkenalkan pada tahun 2012. Jabatan Digital Negara (JDN), Kementerian Digital yang dahulunya Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk melaksanakan inisiatif perkhidmatan 1GovUC di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Area (NKEA)), Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi (Content, Communication and Infrastructure (CCI)) – Titik Permulaan Projek 2 (Entry Point Project 2 (EPP2)).
Selaras dengan hala tuju Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bagi meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan awam khususnya dalam aspek penyampaian komunikasi dan maklumat kepada rakyat. Pelaksanaan perkhidmatan 1GovUC dijajarkan melalui Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 yang menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan sektor awam melalui pengoptimuman nilai perkhidmatan guna sama yang selamat. Perkhidmatan 1GovUC dijenamakan sebagai MyGovUC dalam PSPSA 2021-2015 dimana pengukuhan dan perluasan perkhidmatan MyGovUC perlu dilakukan secara berterusan. Maka, pelaksanaan MyGovUC perlu dibuat secara berperingkat dengan memberi tumpuan kepada Agensi Persekutuan.
Maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi MyGovUC.
