Kesalinghubungan
Government Integrated Radio Network (GIRN)
Pengenalan
Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan atau Government Integrated Radio Network (GIRN) adalah Projek Strategik Kerajaan Peringkat Nasional. Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bertanggungjawab sebagai agensi penyelaras. Telah beroperasi secara menyeluruh sejak Disember 2009.
Objektif
GIRN menyediakan keupayaan komunikasi di antara anggota di lokasi operasi/kejadian dan bilik kawalan pusat dengan lebih cekap melalui sistem Line Dispatcher.
Impak
- Perkongsian prasarana mewujudkan “economies of scales” dan ianya membolehkan litupan seluruh Negara.
- Teknologi Digital membolehkan perkhidmatan Suara dan Data yang lebih canggih dan integrated.
- Mempiawaikan Kegunaan Teknologi dan menaikan tahap “Interoparability” tanpa menjejaskan autonomi.
- Meningkatkan kecekapan perintah dan kawalan sesuatu operasi kecemasan.
- Penyediaan, bekalan, pengoperasian dan penyengaraan sistem komunikasi berasaskan radio tetra untuk digunakan oleh 17 agensi kerajaaan yang disediakan oleh MKN.
- Setiap agensi mempunyai autonomi masing-masing dalam pengunaan radio.
- Memudahkan perhubungan antara agensi khususnya dalam operasi yang melibatkan pelbagai agensi.
Comment this section
