Kesalinghubungan
MyGov*Net.Global – Transformasi Perkhidmatan Rangkaian Untuk Pejabat Perwakilan Malaysia Di Luar Negara
Pengenalan
MAMPU telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perkhidmatan MyGov*Net berdasarkan Perjanjian Konsesi Perkhidmatan Rangkaian Bersepadu Kerajaan. Sejak 2013, perkhidmatan MyGov*Net telah berjaya dilaksanakan di 10,025 lokasi di seluruh negara. Kini, perkhidmatan MyGov*Net sedang diperluas ke Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia yang menempatkan agensi Kerajaan Malaysia di seluruh pelusuk dunia.
MyGov*Net.Global merupakan salah satu produk inovatif dalam perkhidmatan MyGov*Net untuk mentransformasikan perkhidmatan rangkaian dari tidak bersepadu kepada perkhidmatan rangkaian yang lebih sistematik dan terurus (“managed services”) demi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam Malaysia di luar negeri.
Latar Belakang
Pembangunan, pelaksanaan, pengurusan dan pemantauan MyGov*Net.Global diterajui oleh Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan ICT (BPG), MAMPU dengan kerjasama dari syarikat konsesi, GITN Sdn Bhd (GSB). Projek ini turut mendapat kerjasama strategik dan kolaborasi dari:-
- Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), Kementerian Luar Negeri (KLN);
- Bahagian Inspektorat (Urusetia Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Luar Negeri (SPKM)), Kementerian Luar Negeri (KLN);
- Bahagian Teknologi Maklumat dan Rekod (BTMR), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
- Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri; dan
- Bahagian Transformasi dan Perdagangan Digital, MATRADE.
Dalam pelaksanaan MyGov*Net.Global, Seksyen Pembangunan Infrastruktur Rangkaian ICT, BPG bertindak sebagai “Lead Agency” dan “Implementor”. Unit/Seksyen Rangkaian di Bahagian ICT Ibu Pejabat agensi bertindak sebagai “Point-of-Reference”. Manakala Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara adalah sebagai penerima perkhidmatan (“end user”).
Sebelum pelaksanaan MyGov*Net.Global, setiap agensi Kerajaan Malaysia yang beroperasi di Kompleks Kedutaan atau Bangunan Canseri, mempunyai perkhidmatan rangkaian dalaman (“Local Area Network”) dan rangkaian luas (“Wide Area Network”) atau Internet yang tersendiri, tidak berstruktur (“unstructured”) dan tidak mempunyai Tahap Perjanjian Perkhidmatan (“Service Level Guarantee”). Terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti iaitu:-
- Prestasi capaian aplikasi dan Internet yang tidak memuaskan (“slow access”);
- Kadar harga caj berulang (“recurring charges”) perkhidmatan Internet yang disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet tempatan (“local Internet Service Provider”) yang tidak sepadan dengan kapasiti lebar jalur yang dilanggan;
- Tiada pegawai teknikal di Pejabat Perwakilan Malaysia untuk memberi sokongan teknikal sekiranya rangkaian komputer bermasalah. Beban kerja pegawai dan kakitangan Kedutaan bertambah kerana mereka perlu mengurus dan memantau perkhidmatan rangkaian di Kedutaan;
- Berlaku pertindihan fungsi peralatan rangkaian seperti firewall yang menjalankan tugas yang sama;
- Perkhidmatan Internet dan WiFi yang tidak dilengkapi dengan ciri-ciri Keselamatan boleh mengakibat kebocoran maklumat ;
- Sekatan dan tapisan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet tempatan (“local Internet Service Provider”);
- Konfigurasi rangkaian yang tidak optimum menyebabkan isu keselamatan dan prestasi capaian;
- Tiada “visibility” terhadap penggunaan rangkaian;
- “Sharing of bandwidth” atas dasar “first come, first serve”; dan
- Infrastruktur rangkaian yang tidak “scalable” dan tidak “future proof”.
Objektif
Melihat kepada permasalah tersebut, pihak MAMPU mengambil inisiatif untuk membangungan MyGov*Net.Global. Objektif MyGov*Net.Global dilaksanakan adalah seperti berikut:
- Menyediakan perkhidmatan rangkaian telekomunikasi persendirian Kerajaan Malaysia (“Malaysian Government Private Telecommunication Network”) yang cekapm (“effective”), diyakini (“reliable”), khusus (“dedicated”) dan selamat (“secured”);
- Menggabungkan perkhidmatan rangkaian dalaman (“Local Area Network”) dan rangkaian luas (“Wide Area Network”) atau Internet dalam Kompleks Kedutaan atau Bangunan Canseri bagi tujuan mengoptimumkan penggunaan sumber (kewangan dan sumber manusia) dan pertindihan fungsi;
- Pengurusan dan pemantauan perkhidmatan rangkaian diseragamkan dan dipusatkan di bawah tanggungjawab MAMPU dan Network Operation Center (NOC) GSB;
- Menyokong peluasan MyGovUC dan aplikasi teras agensi di luar negeri seperti SKMT (Sistem Komunikasi Maklumat Terperingkat), SPLN (Sistem Perakaunan Luar Negeri) dan MyIMMS (JIM); dan
- Memindahkan beban kerja pengurusan dan pemantauan perkhidmatan rangkaian oleh pegawai dan kakitangan di Kedutaan kepada pihak MAMPU dan GSB.
REKABENTUK ASAS/KONSEP PERKHIDMATAN MYGOV*NET.GLOBAL

Impak - Pencapaian
Setakat Mac 2019, perkhidmatan MyGov*Net.Global telah berjaya dilaksanakan di 5 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara seperti berikut:
- Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia (termasuk Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN);
- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura;
- Kedutaan Besar Malaysia di Manila, Filipina;
- Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Myanmar; dan
- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India.
Manakala sebanyak 11 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara termasuk Pejabat Atase Imigresen sedang dalam peringkat pembangunan dan pelaksanaan seperti berikut:
- Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, China;
- Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai, China;
- Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou, China;
- Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming, China;
- Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning, China;
- Konsulat Jeneral Malaysia di Xian, China;
- Pusat Perdagangan dan Persahabatan Malaysia di Taipei, Taiwan;
- Bahagian Visa (Atase Imigresen) di Taipie, Taiwan;
- Kedutaan Besar Malaysia di Vientiane, Laos;
- Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, Cambodia; dan
- Woodlands Train Checkpoint (WTCP), Singapura.
Sebanyak 11 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara sedang dalam peringkat perancangan seperti berikut:
- Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai, India;
- Bahagian Visa (Atase Imigresen) di Mumbai; India;
- Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai, India;
- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Pakistan;
- Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Nepal.
- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan, Brunei;
- Kedutaan Besar Malaysia di Hanoi, Vietnam.
- Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia;
- Konsulat Malaysia di Pekanbaru; Indonesia;
- Konsulat Malaysia di Pontianak; Indonesia; dan
- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, United Kingdom.
Manfaat Dan Faedah
Dengan pelaksanaan MyGov*Net.Global, Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara (Malawakil) kini dihubungkan ke “cloud” MyGov*Net secara bersepadu (“integrated”) dan selamat (“secured”). Secara fizikal, Malawakil berada beribu batu di benua yang berlainan, tetapi secara maya, Malawakil turut dirangkumkan dalam satu Malaysian Government Virtual Private Network, seolah-oleh berada di tanah air setaraf dengan 10,025 pejabat Kerajaan di seluruh Malaysia.
Selain itu, impak pelaksanaan MyGov*Net.Global adalah seperti berikut:-
- Perkhidmatan rangkaian bersepadu yang merangkumi LAN, WAN (Internet dan Intranet), keselamatan (“security”) dan pengurusan lebar jalur (“bandwidth management”);
- Perkhidmatan Internet yang pantas dan cekap, menjimatkan masa dan mengoptimumkan sumber;
- Pemantauan rangkaian 24x7x365 oleh Pusat Operasi Rangkaian (“Network Operation Center”) secara “real-time”;
- Pemantauan insiden keselamatan melalui Pusat Operasi Keselamatan (“Security Operation Center”) secara “real-time”;
- Khidmat sokongan on-site berdasarkan “Service Level Guarantee”;
- Perkhidmatan “Direct Internet Access” (DIA) yang terurus bercirikan kapasiti “bandwidth” yang “symmetric” untuk “download” dan “upload”;
- Infrastruktur fiber optic khusus (“dedicated”) yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan tempatan (“local service provider”);
- Konfigurasi “Virtual Local Area Network” (VLAN) yang menjamin prestasi rangkaian dalaman dan kawalan keselamatan;
- “Sharing of bandwidth” atas dasar “priority and criticality”; dan
- Perkhidmatan rangkaian yang berprestasi tinggi, “scalable” dan “future proof”.
Rantaian Kehadapan
Sehingga kini, Malaysia mempunyai sebanyak 111 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara, termasuk yang ditutup secara sementara atas faktor keselamatan (peperangan). Bilangan ini tidak termasuk sebahagian Pejabat Atase di luar negara yang tidak beroperasi di Kompleks Kedutaan atau Bangunan Canseri seperti Atase Imigresen, Atase Perdagangan, Atase Pelancongan, Atase Pendidikan dan Atase Keselamatan. Demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam Malaysia di luar negeri, pihak MAMPU mensasarkan sebanyak 56 Malawakil dirangkumkan ke perkhidmatan MyGov*Net.Global menjelang tahun 2022.
Selain itu, pihak MAMPU juga mensasarkan beberapa perkhidmatan nilai tambah (“Value Added Service”) seperti perkhidmatan telefon “Voice-over-IP” (VOIP) dan persidangan video (“Video Conference”). Perkhidmatan seperti ini dijangka akan memberi pulangan jangka panjang kepada kerajaan. Perkhidmatan VOIP dan VC akan membolehkan perbincangan dan mesyuarat dijalankan secara maya dan proses membuat keputusan akan menjadi lebih cekap, berkesan dan sistematik.
Pelaksanaan MyGov*Net.Global secara umumnya memberi impak yang besar ke atas pengurusan rangkaian dan keselamatan ICT untuk agensi kerajaan di luar negara. Ini adalah selaras dengan hasrat Malaysia menuju ke arah Kerajaan Digital yang bersandarkan kepada teknologi ICT untuk menghapus kerenah birokrasi, memperluas liputan perkhidmatan dan meningkatkan akauntabiliti.
Maklumat Lanjut
En. Aimi Fadzi bin Mokhtar
Penolong Pengarah Kanan,
Seksyen Pembangungan Infrastruktur Rangkaian ICT
BPG MAMPU
Telefon : +60122092464
Emel : aimi@digital.gov.my
