Pemantauan
Malaysian Public Sector Information Security Risk Assessment Methodology (MyRAM)
Apa itu MyRAM?
Pengenalan
The Malaysian Public Sector Information Security Risk Assessment Methodology (MyRAM) atau Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam adalah bertujuan untuk membolehkan Sektor Awam mengukur, menganalisis tahap risiko aset maklumat dan seterusnya mengambil tindakan untuk merancang dan mengawal risiko. Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bil. 6 Tahun 2005 : Garis Panduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam bagi memaklumkan kepentingan dan cara melaksanakan penilaian risiko keselamatan maklumat di Sektor Awam. Garis Panduan Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam ini menyediakan kaedah-kaedah dan teknik-teknik dalam proses penilaian risiko maklumat supaya proses penilaian dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.
Pembangunan sistem MyRAM App. telah dibuat bagi mengatasi kesukaran agensi Sektor Awam melaksanakan penilaian risiko MyRAM secara manual yang memerlukan masa yang panjang. Sistem ini dilaksanakan secara berpusat di MAMPU bagi memudahkan proses naik taraf dan penyenggaraan dilakukan. Selain itu, agensi Sektor Awam dapat menggunakannya dengan mudah tanpa sebarang kos seperti lesen, pemasangan dan penyenggaraan.
Objektif
Menerima risiko yang akan terjadi selagi ia memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pengurusan;
- Mengurangkan risiko dengan melaksanakan kawalan yang bersesuaian;
- Memindahkan risiko ke entiti lain seperti pembekal, pakar runding dan pihak lain yang berkepentingan; dan
- Mengelak atau mencegah risiko daripada terjadi dengan mengambil tindakan yang dapat menghalang berlakunya risiko.
Sepuluh langkah utama dalam MyRAM :

Apakah faedah yang diperolehi dari MyRAM App?
i. Meningkatkan produktiviti
ii. Menghasilkan laporan-laporan penilaian dengan lebih cepat dan mudah dengan sumber yang terhad
iii. Mesra pengguna dan mudah digunakan
iv. Tempoh penilaian risiko dapat dipendekkan
v. Pengguna memperoleh kompetensi untuk menggunakan aplikasi dengan berkesan hanya selepas 1 hari latihan
Pautan Kepada Halaman Yang Spesifik
