Pemantauan
Sistem GOS e-Rating
Pengenalan
Sistem Government Online Service Electronic Rating (GOS e-Rating) merupakan satu platform bagi tujuan pelaksanaan kaji selidik kepuasan pengguna perkhidmatan dalam talian Kerajaan secara dalam talian. Pada awalnya, Sistem GOS e-Rating merupakan komponen dalam projek Malaysia User Satisfaction Evaluation (MUSE). MUSE adalah satu inisiatif yang diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk menilai tahap kepuasan pengguna dan penggunaan perkhidmatan dalam talian kerajaan. Inisiatif ini bermula pada tahun 2015 melalui dua (2) pendekatan pengukuran iaitu kepuasan pelanggan dan transaksi penggunaan perkhidmatan dalam talian Kerajaan. Maklumat lanjut mengenai MUSE boleh dirujuk di pautan https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30036.
GOS e-Rating dinilai melalui pengalaman pengguna (rakyat) dalam menggunakan perkhidmatan dalam talian Kerajaan yang disediakan oleh agensi sektor awam. Pengguna perlu menjawab kaji selidik ringkas selepas melaksanakan transaski perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh agensi Kerajaan.
Pada tahun 2019, MUSE yang dilaksanakan oleh MDEC tidak lagi dilaksanakan dan dijenamakan kepada Sistem Pemantauan Laman Web dan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (SPLaSK). SPLaSK merupakan satu platform pemantauan terhadap pematuhan kriteria yang dimurnikan daripada kriteria Provider-Based Evaluation (ProBE) dan MUSE yang dilaksanakan sebelum ini. Sistem GOS e-Rating menjadi sebahagian komponen dalam Sistem SPLaSK di mana sistem ini di integrasi dengan SPLaSK .
Objektif GOS e-Rating
- Menyediakan satu platform bagi kajian kepuasan pelanggan perkhidmatan dalam talian secara berpusat;
