Perkongsian Data
Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX)
Pengenalan
Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX) ialah ekosistem perkongsian data yang merangkumi tadbir urus digital dan platform perkongsian data terjamin untuk memperkasa dan meningkatkan perkhidmatan dalam talian sepenuhnya (E2E) ke arah kerajaan berpacukan data. Pelaksanaan MyGDX membolehkan maklumat diselaras dan dikongsi dengan lebih efisien dan selamat. Secara tidak langsung agensi berupaya mengurangkan kos penyediaan infrastruktur dan pengintegrasian sistem. Melalui MyGDX juga, peranan agensi dalam menjalankan bidang kuasanya dapat diperkukuhkan.
Objektif
1. Memastikan maklumat yang dikongsi adalah tepat, terkini dan konsisten daripada satu sumber yang sah dan sahih (single source of truth);
2. Pemboleh daya integrasi secara seamless yang mengurangkan pertindihan pembangunan, pengoperasian dan penyenggaraan;
3. Membolehkan agensi menyediakan lebih banyak perkhidmatan digital melalui integrasi data yang bersepadu; dan
4. Memudahkan rakyat berurusan dengan agensi kerajaan tanpa perlu memberikan maklumat yang sama berulang kali.
Perkhidmatan MyGDX 2.0
- Platform perkongsian data yang selamat untuk semua tahap klasifikasi data
- Pengurusan tadbir urus digital melalui portal tunggal
- Membantu merealisasikan integrasi merentas agensi
- Program libat urus dan pembudayaan perkongsian data
- Khidmat sokongan teknikal platform perkongsian data (komponen MyGDX2.0)
Capaian
Maklumat Perhubungan
Pasukan MyGDX
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri,
Blok B, No. 3200, Bangunan MKN – Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon: 03-8872 6278
E-mel: mygdx.support@digital.gov.my
