Tadbir Urus
ID Digital Nasional
Latar Belakang
ID Digital Nasional (IDN) bertujuan untuk mewujudkan suatu platform pengesahan yang dipercayai (‘Verifiable Platform of Trust’) yang bakal dimanfaatkan oleh sektor awam dan swasta dalam mengesahkan identiti pengguna masing-masing semasa melakukan transaksi digital. IDN disasarkan kepada semua warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang berusia 5 tahun dan ke atas. IDN tidak akan menggantikan penggunaan dan fungsi MyKad, malah merupakan nilai tambah (value add) dalam memperkukuhkan pelaksanaan dan keselamatan MyKad sedia ada.
Ciri-ciri IDN
- Platform IDN beroperasi pada tahap kepercayaan yang tinggi;
- Setiap warganegara dan penduduk tetap yang berusia lima (5) tahun dan ke atas akan didaftarkan dalam IDN;
- Memanfaatkan data demografi JPN untuk pengeluaran IDN;
- Tambahan data biometrik baharu seperti cap jari, iris dan facial recognition;
- IDN adalah kombinasi nombor rawak yang dihubungkan dengan nombor MyKad;
- Multi-modal biometric akan diambil bagi setiap pemohon semasa berusia 5 tahun dan pembaharuan semasa berusia 18 tahun;
- Membolehkan pengesahan identiti secara nyata dan dalam talian serta perkhidmatan e-KYC;
- Menekankan reka bentuk yang menitik-beratkan aspek keselamatan dan privasi;
- Hanya satu IDN untuk setiap individu dan kekal untuk sepanjang hayat; dan
- Platform IDN adalah interoperable dan mendokong dasar keselamatan negara dan piawaian antarabangsa.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
a) Puan Mimmi Suriati binti Mat Khalid
Timbalan Setiausaha Bahagian
03-8886 3172 / mimmisuriati@moha.gov.my
b) Puan Laila binti Abdul Majid
Timbalan Pengarah Seksyen Aplikasi Utama
03- 8880 7574 / laila@jpn.gov.my
c) Puan Irni Mazlina binti Mat Isa
Penolong Setiausaha
03-8886 3172 / irnimazlina@moha.gov.my
