Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah

Latar Belakang & Pendidikan
- Diputerakan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak
- Anakanda kepada Almarhum Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Dato’ Sri Ariff Shah
- Menerima pendidikan awal di Kuala Kangsar dan melanjutkan pelajaran ke Cheltenham Ladies’ College, England
- Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Cina dari University of Oxford pada tahun 1983
Minat Seni & Penulisan
- Mewarisi bakat seni lukis daripada ayahanda dan menyertai beberapa pameran seni
- Pernah menulis untuk New Straits Times, The Star serta menerbitkan 4 buku kanak-kanak
Kehidupan Diraja
- Diijab kabulkan dengan DYMM Sultan Ibrahim pada 22 September 1982
- Pasangan DiRaja ini dikurniakan 6 cahaya mata (5 putera, 1 puteri)
Peranan Sebagai Permaisuri
- Dikurniakan gelaran Permaisuri Johor pada 23 Mac 2015
- Aktif dalam organisasi amal & NGO:
- Penasihat DiRaja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
- Pengerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah & Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor
Sumbangan Akademik & Kebajikan
- Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Mengilhamkan:
- Program “Because We Care” Chancellor’s Fund untuk pelajar B40 (2016)
- Program Bangsa Johor Bahagia (2019)
- Diberi Ijazah Kehormat oleh University of Nottingham (2017)
- Menjadi pengucaptama dalam pelbagai persidangan akademik termasuk OCIS-UTM (2023)
Tarikh dikemaskini: 29/9/2025
Komen topik ini
