Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Latar Belakang & Pendidikan
- Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
- Putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom
- Mendapat pendidikan awal di Johor Bahru, kemudian melanjutkan pelajaran di Australia dan Maktab Sultan Abu Bakar (English College)
- Turut menuntut dalam bidang pengajian strategi Asia Tenggara dan undang-undang antarabangsa di Fletcher School of Law and Diplomacy, Amerika Syarikat
Latihan & Pengalaman Ketenteraan
- Menjalani latihan ketenteraan di PULADA di Kota Tinggi, “Airborn and Infantry Officers Basic Course” di US Army Infantry School, Fort Benning dan John F. Kennedy Special Warfare Center and School di Fort Bragg, Amerika Syarikat bagi kursus “Special Forces Officers Course”
- Melakukan 18 terjunan payung terjun, termasuk latihan malam dan ditauliahkan sebagai komando serta anggota SEAL
- Ditauliahkan sebagai ahli kehormat KOPASSUS Indonesia
- Latihan sebagai juruterbang helikopter bersama TUDM dan latihan tentera laut di TLDM Lumut, menjadikan YDPA sebagai pegawai terlatih dalam ketiga-tiga cabang tentera
Pengalaman Pentadbiran
- Pernah berkhidmat dalam pelbagai jabatan kerajaan Johor termasuk:
- Pejabat SUK
- Jabatan Perbendaharaan
- Jabatan Perancangan Bandar
- Jabatan Pertanian
- Jabatan Perhutanan
Kehidupan Diraja
- Dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981
- Diijab kabulkan dengan DYMM Raja Zarith Sofiah pada 1982 dan dikurniakan 6 cahaya mata
- Menjadi Pemangku Sultan Johor (1984–1989) ketika ayahandanya menjawat Yang di-Pertuan Agong ke-8
- Dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010, dan dimahkotakan pada 23 Mac 2015
Tarikh dikemaskini: 29/9/2025
Komen topik ini
