Golongan Rentan
Orang Kurang Upaya
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat". Kerajaan tidak meminggirkan golongan OKU malah turut menyediakan perkhidmatan untuk golongan ini. Terdapat 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU iaitu:
- Kurang Upaya Pendengaran
- Kurang Upaya Penglihatan
- Kurang Upaya Pertuturan
- Kurang Upaya Fizikal
- Masalah Pembelajaran
- Kurang Upaya Mental
- Pelbagai (Multiple Disabilities)
Antara Kementerian dan agensi yang menawarkan perkhidmatan adalah di bawah KPWKM dan agensi di bawahnya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Perkhidmatan lain juga disediakan oleh MOHR. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan antaranya pendaftaran OKU, job coach, disability equality training (DET), permohonan dan semakan pendaftaran OKU dan peluang pekerjaan OKU.
Permohonan dan Semakan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)