'Local e-Government'
Sistem OSC 3.0 Plus Online
Sistem OSC 3.0 Plus Online yang dibangunkan pada Februari 2019 adalah sistem milik penuh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Sistem ini adalah bagi menggantikan Sistem OSC Online yang telah digunapakai sejak tahun 2014. Penambahbaikan menyeluruh kepada sistem ini adalah bagi memastikan setiap proses dan prosedur adalah selaras dan seragam sepertimana Manual OSC 3.0 Plus.
Sistem ini pada awalnya diperkenalkan kepada 10 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai rintis bermula Julai 2019 dengan menggunakan struktur pangkalan data dan antaramuka web mesra pengguna yang baharu serta setempat. Sistem ini seterusnya dipeluaskan ke semua 98 PBT di Semenanjung Malaysia dan penggunaan sepenuhnya pada Oktober 2020 sehingga kini.
Pengguna Sistem OSC 3.0 Plus Online adalah terdiri daripada:
- Pemohon seperti PrincipalSubmitting Person (PSP) / Submitting Person (SP) iaitu Perancang Bandar Bertauliah, Arkitek Bertauliah, Jurutera Bertauliah, Juruukur Bertauliah, dan Pelukis Pelan Bangunan.
- Urus setia Unit Pusat Setempat (OSC) di PBT.
- Agensi Teknikal Dalaman (ATD) di PBT termasuk Jabatan Perancang, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Lanskap, Jabatan-Jabatan Lain yang berkaitan.
- Agensi Teknikal Luaran (ATL) di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah termasuk PLANMalaysia, Pentadbiran Tanah Negeri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Agensi Perakuan Pembetungan (IWK), Agensi Perakuan Bekalan Air, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Lembaga Lebuhraya Malaysia serta Agensi/Jabatan Lain yang berkaitan.
Outcome
